KULIAH ONLINE : HIBURAN DALAM ISLAM
Teringat pada satu lirik lagu kumpulan nasyid negara, Raihan,
"Berhibur tiada salahnya,Kerna hiburan itu indah,Hanya pabila salah memilihnya,Membuat kita jadi bersalah"
"Bagaimana sebenarnya hiburan yang dituntut oleh Islam?""Boleh ke dengar lagu? Ada orang kata boleh, tapi jangan ada muzik. Betul ke macam tu?""Hiburan.. Hiburan tu macam mana sebenarnya? Kalau kita main game pun hiburan jugak kan? Sebab kita menghiburkan hati kita. Main game boleh la?""Masa pergi majlis walimah seorang Akhi ni, dia ada buat karaoke. Betul ke benda tu? Bukannya apa pun, nak bagi jemputan rasa terhibur sikit. Ke, tak boleh sebenarnya?
Adakah hiburan sesuatu yang amat ditegah oleh Islam? Selama ini kita tertanya-tanya. Tambahan pula, kini lagu-lagu nasyid semakin mendapat tempat di hati para pendengar.
Pihak intelek_anz, menjemput semua untuk mendengarkan sedikit perkongsian tentang hiburan, di awal bulan Zulkaedah ini.
Jom beramai-ramai kita mendengarkan kuliah online. Sama-sama mencambahkan ilmu, di hujung minggu ini.
Penyampai : Mohd Faisal Abdul Khanan
Tahun Pertama Ijazah Doktor Falsafah Spatial Science
Curtin University of Technology
Western Australia
Hari dan Tarikh : Sabtu, 9 Oktober 2010
Masa : 5 petang (Perth/Malaysia)
10 malam (New Zealand)
Medium : Paltalk (sila add: intelek_anz)
----------------------------------------------------------------------
Rakaman kuliah boleh di dapati melalui link dibawah:
No comments:
Post a Comment