Team "i luv ANZ"



Team "i luv ANZ" terdiri daripada para pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di benua Australasia, terutamanya Australia dan New Zealand. 

Inisiatif ini di ambil setelah melihat kepada perkembangan teknologi terutamanya internet, dalam kalangan pelajar, khususnya anak-anak muda. 

Apa itu ANZ?

--> ANZ membawa maksud Australia, New Zealand.

Mengapa "i luv ANZ"?
--> 'luv', adalah ambilan daripada perkataan 'love'. Dalam bahasa Melayu nya, "cinta", "sayang". Kerana "cinta dan sayang", blog ini terlahir. "Cinta dan sayang" kepada seluruh saudara seakidah, yang berpaksikan Islam. Sungguhpun begitu, bukanlah blog ini terhad kepada mereka yang berada di Australia dan New Zealand sahaja.