Sunday, October 3, 2010

Jumpalah 'Doktor' Untuk Membedah Hati


Jumpalah 'Doktor' Untuk Membedah Hati
penulis : daie global

Ana, Amni Izzati, boleh panggil Amni, selamat bekerjasama semua, Amni memendekkan sesi ta’arufnya dengan fasilitator yang lain bagi program untuk menyambut pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia dan New Zealand.

Setelah selesai sesi ta’aruf, para fasilitator bergegas ke dewan utama yang kelihatan penuh sesak dengan para peserta untuk mengikuti program motivasi dan persediaan untuk ke ‘oversea’. Sahabat baiknya, Nora Amirah memerhatikan gelagat Amni yang agak gelisah. Pada mulanya, dia berkeras mengatakan,”No worries, I’m ok. Namun setelah didesak, akhirnya dia bersuara, Mira, actually, Iskandar, ketua fasi tu…”, dia menghembus nafas panjang, seolah satu keluhan yang sukar untuk diutarakan. “Nape dengan Akh Is tu?”, sambut Amirah. “Ermmm..ana kenal dia”, dia bersuara. “Macam mana enti kenal? Setahu ana, enti ni susah nak berkenalan dengan lelaki”, Amirah memotong perbualan tadi.

“Diminta semua fasilitator untuk masuk ke dewan bagi program LDK”, kedengaran suara Is, dari corong speaker memanggil para fasi untuk bersama peserta. Perbualan yang meninggalkan satu soal jawab terhenti disitu.
Amni, yang ditugaskan untuk mengepalai muslimat kawasan Sydney seperti biasa menjalankan tugasnya. Biar sempoi asal bermanfaat itulah prinsipnya yang bergelar seorang naqibah. Membina tautan hati dan ukhwah fillah adalah keutamaan. Adik-adik yang bersamanya kelihatan enjoy dengan telatah lemah lembut tapi funky Amni. Setelah tamat sesi LDK, mereka pulang ke penginapan masing-masing.

“Tok, tok, tok”, bunyi ketukan pintu di bilik fasilitator. “Ye, ada apa-apa kami boleh bantu?”, tanya Afini, salah seorang fasi. “Boleh, saya jumpa kak Amni”, tanya adik yang bertudung labuh tersebut. Amni keluar dan mengajak adik tersebut duduk dibangku berhampiran dengan dewan makan.Ada apa-apa akak boleh bantu?”, tanya Amni penuh sopan.Akak, saya tersentuh dengan perkongsian akak tadi”, adik tersebut memulakan bicara.

Petikan surah An Nur ayat 26, “..... Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).....”,

Itulah antara perkongsian yang menyentuh hati adik tersebut. “Kenapa?”, tanya Amni ringkas. “Akak, saya ‘couple’,”, jelas adik tersebut dengan nada yang tersedu-sedu. Terdiam seketika Amni mendengar rintihan adik tersebut. “Dia menciptakan kamu berpasang-pasangan, indah sungguh penciptaan Allah kan?”, Amni mengerakkan lidah memulakan bicara.

“Setiap daripada kita pastinya tak terlepas daripada perasaan tersebut, akak faham sebab akak pernah melalui zaman ‘kegelapan’ itu”, sambung Amni. Terpaku adik tersebut mendengar cerita Amni, mungkin tak menyangka perwatakan muslimah yang dibawanya membolehkan dia terjerumus ke kancah ‘maksiat’.

“Kenapa? Awak tak percaya ke?”, tanya Amni. Adik tersebut mengangguk sambil terkebil-kebil matanya melihat Amni. Syaitan itu kreatif, janjinya pada Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam terlaksana dengan jayanya”, sambung Amni lagi. “Dulu, akak ingat tak apa ‘couple’ ni asal tak pegang-pegang, kira ok la tapi sejak akak mengenali usrah dan tarbiyyah, ‘I’m realized that’ zina hati tetap ada”, keluh kesal suara seorang daie. “Pernah tak dengar, jangan kamu hampiri zina? ", Amni mengutarakan persoalan pada adik tersebut. Pernah”, jawabnya ringkas. Allah tak kata jangan kamu berzina tapi Dia memberi amaran jangan dekati zina sebab, bila ada dua cinta dalam hati kita, dikhuatiri, cinta pada manusia kita lebihkan”, Amni melabuhkan bicara juga sebagai noktah pada perbualan mereka kerana hari sudah larut malam dan para peserta dan fasilitator perlu bangun awal untuk qiamullail. Adik yang baru mengenal erti cinta dan tarbiyyah kelihatan keliru dengan perasaannya sendiri. “Kejarlah cinta Allah, pasti cinta Allah dan manusia kamu dapat”, Amni seakan memujuk adik tersebut yang sudah memulakan langkah ke penginapan peserta.
Adik itu sudah berlalu dan Amni seolah termenung panjang. Termenung mengenang zaman percintaannya dahulu. Kononnya ‘cinta ana enti’.

Dibelek Al-Quran yang dipegangnya dengan bersuluhkan kesuraman cahaya malam, dia membuka surah As-Saff ayat ke-2, ayat yang penuh ‘significance’ buatnya lebih-lebih lagi yang bergelar naqibah. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”, air jernih membasahi pipinya.

Merenung akan kejahilannya sendiri. Dia yang lemah longlai bangkit dari bangku menghala ke bilik fasilitator. Bagai mahu tercabut jantungnya bila bertembung dengan Iskandar. Hatinya berdebar-debar. Sebaris gigi tanda senyuman buat Iskandar. Amni berlalu dan sejurus tiba di bilik, dia mencapai sejadah, menunaikan solat memohon
perlindungan. Seorang hamba merintih. Rintihan yang selalu di keluhkan. “Ya Rabbku, aku memohon dan berlindung kepada-Mu dari kejahatan syaitan, dari panahannya. Aku takut Ya Allah, andai cintaku kepada si dia kembali berputik, cinta ini selayaknya untuk-Mu. Aku mohon kekuatan untuk terus bermujahadah melawan nafsu ini.”, Amni yang teresak-esak merintih pada Sang Pencipta. Dia bimbang akan pengalaman hitam itu kembali menghantui hidupnya. Pengalaman bercinta, cinta yang kononnya halal dalam konteks Islam.

“Eh Amni, nak kemana ni?" tanya Najiihah.
“Saya ada hal, terpaksa pulang. Saya dah maklumkan kepada Amirah untuk memberitahu kepada ketua fasi”, balasnya tenang. Dia keluar melangkah penuh sopan. Dia melihat kelibat Iskandar yang sedang sibuk tanpa menoleh sedikit pun padanya. Astaghfirullah”, Amni memohon ampun sebaik tersedar dari pahanan syaitan itu. Dia sedar betapa sukar untuk dia membunuh perasaan itu, lebih-lebih lagi cinta pertamanya. Iskandar, teman kolej persediaannya, juga amir bagi kawasan mereka. Mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain malah pernah hanyut di buai cintai duniawi. Mesej, YM, telefon yang kononnya atas
dasar kerja bertukar sebaliknya. Mereka merasakan cinta mereka di redhai. Apa tidaknya, Iskandar sering menelefon Amni, mengejutkannya untuk berqiamullail. Wah! Kreatif benar syaitan itu.

Apabila Amni yang diangkat menjadi naqibah merasa tidak selesa tapi masih berhubung kerana tewas dengan perasaannya. Dia yang selalu berpesan kepada adik-adik usrahnya, “Couple itu haram jika tiada hubungan yang sah, firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 32, "Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk."...”, itulah peringatannya buat adik-adiknya. Namun peringatan itu tidak terkesan di hatinya. Takdir Allah, sungguh indah walaupun pahit. Suatu hari, mesej daripada Iskandar menjadi ‘turning point’ kepada segalanya. “Amni, kita putus. Cinta naqib dan naqibah ‘membunuh’ seorang
pendakwah, saya harap awak faham”. Mesej yang cukup ringkas tanpa sebarang penjelasan.


Amni yang pada permulaannya agak sedih memujuk hatinya.Dia meluahakan isi hatinya pada kakak sulungnya. Pujuk kak longnya tenang, “Adik, ingatlah, apa yang kita sangkakan tak baik untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita dan apa yang terjadi sudah tertulis di Lauh Mahfuz, seperti yang dinyatakan Allah SWT dalam surah Al-Hadid, ayat 22. Juga perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”.

“Tapi Along, adik ni jahat, adik tak nak bawa usrah lagi, adik takut”, Amni mengeluh, seolah fobia akan dosanya yang lalu.

“Allah Maha menerima taubat. Adik pergi ambil wuduk dan solat untuk`` cari ketenangan dengan meluahkan apa yang terbuku kepada Allah”, Along meneruskan pujukannya.

Bermula saat itu, Amni meneruskan perjuangannya bergelar dai’e dan tidak menyangka program fasilitator mengatur pertemuannya dengan Iskandar dan itulah pertemuan terakhirnya dengan lelaki tersebut.

Amni meneruskan episod seorang pelajar dan pendakwah di bumi asing. Walau tanpa orang yang kononnya menyokong dari belakang, Amni merasa tenang denga suratan takdir. “Ya, inilah yang terbaik untuk aku, mencari erti sebenar cinta dan redha, terima kasih Ya Allah”, itulah ungkapan yang menjadikan Amni, mawar yang dilingkari duri. Bisa disentuh oleh calang-calang makhluk. Berita gembira di saat menghitung hari untuk pulang ke tanah air dek tamatnya lima tahun jurusan kedoktorannya. Adik yang meluahkan isi hati semasa program tersebut akan membina masjid, mencari cinta yang hakiki dan abadi. Tersenyum gembira Amni, namun jauh di sudut hati kecilnya dia merasa sedih. Sedih dek tidak mampu membuka pintu hatinya buat mana-mana kumbang untuk hinggap. Setakat ini, dia menolak semua lamaran yang diterimanya.

Suatu hari kakak sulungnya menyuarakan sesuatu yang selalu Ma dan Abah bicarakan. Cuma kali ini ianya sesuatu yang menjadi penentu untuknya. “Adik, takkan tak nak fikir tentang kahwin, adik dah habis belajar. Usah dikenang zaman lampau dik”. Amni terdiam dan terpaku. Belum sempat Amni membalas apa-apa, kakaknya menyambung bicara. “Nah”, Along memberikan sekeping surat. Dengan muka yang kehairanan Amni mengambil surat itu. Dia membukanya perlahan-lahan dan meneliti setiap kalam, air mutiara jernih membasahi pipi, lantas dia memeluk kakaknya itu. Melihat dan membaca surat tersebut Alongnya turut tersentuh.

Assalamualaikum..

Pertamanya ingin saya mohon maaf atas segala kesilapan ana pada enti. Perginya ana anggaplah seperti para sahabat untuk berjuang. Ana berjuang tanpa pedang tapi ana berjuang dengan pena dan kalam, menegakkan syiar Islam, menunaikan amanah sebagai seorang khalifah. Perginya ana kerana bimbang ana dan enti yang juga naqib dan naqibah ‘berzina’ dengan hati, cinta dan rindu kita bukan pada Yang Hak. Perginya ana dari hidup sang mawar yang dilingkari duri, hanya bisa disentuh bila pada waktunya. Perginya ana kerana kau bidadari syurga yang ku nantikan. Bersama kalam ini, ingin saya sertakan lamaran buat muslimah bernama Amni Izzati.

*untuk pengetahuan enti, kedua orang tua enti telah sedia maklum. Kak Long sebenarnya dalang disebalik perpisahan dan pertemuan kita.

Yang ikhlas,
Iskandar


Amni memandang kakaknya, seolah inginkan penjelasan terhadap apa yang terjadi. Senyuman yang disusuli bicara, memberikan jawapan bernoktah kepada Amni.

“Sebenarnya, Along yang minta Iskandar tinggalkan adik, sebab hati yang mati tak kan mampu menghidupkan hati yang mati. Kerana Along sayangkan adik, Along biarkan adik ‘menderita’ dan ‘merana’ seketika. Sebagai memenuhi janji Along buat kalian, untuk mematrikan cinta kalian pada Yang Hak, sudah Along tunaikan. Along doakan yang terbaik buat kalian berdua. Moga dua hati yang bersatu pada ikatan yang sah, akan meneguhkan perjuangan kalian di medan dakwah”. Amni terdiam mendengar penjelasan kakaknya dan lantas memeluknya.

Itulah kisah mereka, janji Allah adalah suatu kepastian. Tak perlu dikejar cinta manusia, kerana kadang-kadang kita akan kecewa. Kejarlah cinta Rabbani, kerana manisnya dunia dan akhirat. Ayuh kita singkapi cinta dan rindu menurut Al-Quran dan As-Sunnah oleh Syeikh Ibn Qayyim Al-Jauziy. Apakah tanda-tandanya?

"Bila disebut nama kekasih kita, gementar rasanya

Rasa malu dan segan bila betemu

Rasa cemburu apabila ada orang lain mendakati kekasih kita"


Bagi yang melalui zaman ‘couple’ atau sesiapa sahaja yang menyimpan perasaan kepada seseorang, adakah perasaan-perasaan tersebut hadir tepat pada waktunya? Juga, adakah perasaan sebegitu hadir apabila nama Allah dan Rasul-Nya disebut? Andai kita tidak merasakan apa-apa, jumpalah 'doktor' untuk membedah dan membersihkan hati selagi masih ada peluang.

No comments:

Post a Comment