Saturday, October 9, 2010

Jangan Tinggal 'Tolong' dan 'Terima Kasih'!

Jangan Tinggal 'Tolong' dan 'Terima Kasih'!
penulis : miminapis

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi, semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.

"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.

"Cheers!" Dia membalas.

Dalam satu kejadian lain,

"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.

"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.

"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'! Sweet lah makcik ni~

Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap
setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.

"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.

Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad
rumah dikeluarkan, pintu dibuka.


Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.

"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"

"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."

Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.

Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.

Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.


"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.

Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?

Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.

Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University." Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air
mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut, "Again?"

Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"

Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.

Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?

Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.
Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."

Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."

Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.

Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.



Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

Manners are not born with us, they are acquired.
-------------------------------------------------------------------------------

*Blog penulis boleh dilayari di miminapis.wordpress.com.


3 comments:

  1. Kita perasan kawan2 OZ very courteous... tak lokek untuk cakap 'sweet'bila dia agree dengan kita.. tapi kalau nak translate dlm bahasa melayu nak guna apa? kalau kita 'manis!' mesti org fikir lain? kalau nak ganti 'love' pon x tahu dengan apa? ada cadangan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt,

    Mungkinlah kita tak perlu untuk translate bulat-bulat perkataan yang mereka gunakan. Paling tidak, kita gunakan perkataan yang sesuai.

    Contoh, boleh je guna "Baik!", yang menandakan kita faham dan setuju.

    Kalau dalam perbualan, untuk mereka yg suka sweet2 ni, kita boleh gunakan "Terima kasih, yang." (yang=sayang). Itu pun hanya utk diaplikasikan kepada orang yg sesuai.

    Bila kawan lelaki telah memberikan bantuan, TAK perlulah utk gunakan perkataan 'yang' tersebut. Memadai dengan 'Terima kasih'.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. sangat setuju dengan artikel ni.. kadang-kadang selalu terasa bila orang tak cakap terima kasih atau tolong.. tapi bila fikir balik .. mungkin mereka dah terbiasa.. dan bila betul-betul fikir-fikir balik.... kenapa perlu terasa, kenapa perlu marah sedangkan apa yang kita lakukan itu untuk mendapatkan redha Allah..

    Tapi perlu juga untuk semua orang termasuk diri sendiri ada kesedaran untuk sentiasa menjaga manners, adab sopan.. tidak melupakan ucapan penghargaan terutama sekali dengan orang yang kita rapat.. sebab dengan sahabat karib atau yang kita selalu jumpa, sebab dah terbiasa sangat bersama, kita tend to kurang menjaga adab.. kurang aware dengan behaviour sendiri.. sedangkan sebenarnya sbg manusia, kita tend to be more sensitive dengan orang yang kita rapat... jgn hanya beradab dengan mat saleh, orang tua, orang awam.. tetapi ingat orang-orang tersayang, terkarib di sekeliling kita =)..

    Thank u kak mimi for sharing =)
    JZKK

    ReplyDelete