Wednesday, June 1, 2011

WARKAH BUAT BAKAL SUAMIKU..

WARKAH BUAT BAKAL SUAMIKU..
Murrabi Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Ingin ku coretkan warkah ini buat bakal suamiku..tidak pernah terlintas untuk mengungkapkan lafaz yang sekian lama tersimpan sebelum tiba masanya..namun, ku coretkan warkah ini untuk ku nyatakan sesuatu kepadamu..

Sepanjang hidupku, tidak pernah ku buka pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu menyakitimu tanpa aku sedari..aku menjaga pandanganku dan pergaulanku kerana hatimu perlu ku utamakan..

Aku menutup rapi seluruh mahkota berharga buat kaum wanita kerana hanya kau insane yang selayaknya untuk itu..tidak guna, aku dipandang cantik dan menjadi rebutan ramai kerana aku tahu hanya kau seorang yang bisa aku milikki..

Aku menjaga akhlakku, aku berusaha menjadi wanita solehah kerana aku berpegang pada janji Allah..aku mengimpikan lelaki yang menjaga pandangan kepada wanita dan kerana itu aku perlu menjaga pandanganku terlebih dulu kerna janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik..

Aku tidak mampu menipu hati dan perasaanku..lumrah untuk mencintai dan dicintai juga mengasihi dan dikasihi..namun aku berusaha menafikan semuanya kerana mu..tidak mahu aku berikan sisa cintaku hasil lebihan dari lelaki lain kerana kau berhak mendapat yang tulen nan suci..

Bukan aku mengharap dirimu sekacak Yusuf, yang bisa membuatkan wanita berdarah tangannya kerana memandangnya..andai benar kau jodohku, andai benar aku diciptakan dari tulang rusukmu..aku pasti perasaan cinta dan sayang akan Allah campakkan tanpa aku sedari..akan tetapi sebelum ada ikatan yang sah, jangan pernah kau zahirkan perasaanmu kepada aku..aku bimbang tiada rahmat dan barakah Allah pada kehidupan kita nanti...

Ingin coretkan permintaanku buat mu dalam warkah ini..aku mengarapkan engkau menyerahkan seluruh dirimu untuk menggapai redho Allah..izinkan aku menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu dan benarkan aku untuk menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu kau rebah di medan fisabillah..beri aku kesempatan untuk menyesat darah dari lukamu, menyesat peluh dari tubuhmu dengan tanganku sendiri..kerana itu impianku yang telah lama tersimpan..

Aku pasti sedih dan kecewa andai kau mencintaiku seluruh jiwa dan ragamu..aku inginkan kau berikan seluruh cintamu kepada Allah dan Rasul kerana dengan itu aku pasti, kau mencintaiku keranaNYA..itulah cinta yang aku harpakan..kerana aku pasti cinta itu bakal tumbuh mekar hingga ke jannahNYA..

Jangan pernah kau kayakan aku dengan harta dan dunia..aku tidak akan pernah bahagia dengannya..aku bisa bahagia bila kau bisa meluruskan tulungku yang bengkok dengan bimbangan meniti jalan syariat, jalan yang diredhoi Allah..kerana kebahagian yang aku cari adalah kebahagian bila kita bisa hidup dalam rahmat Allah..



Aku bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna

Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara

Cuma aku wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …


No comments:

Post a Comment