Friday, June 10, 2011

Tipu Daya Syaitan

Tipu Daya Syaitan
Oleh: Haura Maqsuroh

Syaitan merupakan musuh manusia yang paling licik setelah hawa nafsu. Manusia sering diperdaya oleh syaitan melalui tujuh pintu-pintu berikut.

1-Syaitan melarang manusia untuk berlaku taat kepada Allah swt.Sedangkan orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak ajakan tersebut dengan mengatakan:

“Aku mengharapkan pahala dari Allah.Untuk itu,aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal”

2-Syaitan sentiasa berusaha memujuk manusia agar tidak mentaati Allah dan menghasut manusia dengan mengatakan:

“Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah beramal. Masa masih panjang dan kita masih muda dan sebagainya lagi..

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan:

“Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan perlu aku kerjakan”

3-Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan:

“Cepatlah beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan yang lain”

Orang-orang yang diselamatkan oleh Allah akan mengatakan:

“Amal yang sedikit tetapi sempurna (berterusan) lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak sempurna”

4-Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan:

“Bagi saya,penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)”

5-Setelah itu, syaitan cuba membisikkan pujian kepada orang yang beramal:

“Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu..”

Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa:

“Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah milik Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNYA apalah erti amalanku ini jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula”

6-Dengan gagalnya jalan yang kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir.Syaitan berbisik dalam hati manusia:

“Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas”

Begitulah syaitan cuba menyesatkan manusia dengan perbuatan penipuannya yang sangat tersembunyi.Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riya’.Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak ajakan syaitan ini dengan mengatakan:

“hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkan amalanku. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Jika menghendaki, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina.Semuanya itu adalah urusan Allah.Aku tidak khuatir amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia”

7-Gagal dengan cara yang di atas,Syaitan meneruskan godaannya dengan cara yang lain pula dengan mengatakan:

“Hai manusia,janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak,maka meninggalkan amal ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka”

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak godaan tersebut dengan mengatakan:

“Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNYA.Allah Maha Mengetahui,menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai menurut kehendakNYA. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia,aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka,aku akan tetap meneruskan ibadat agar tidak menjadi penyesalan buatku.Sekiranya aku dimasukkan ke neraka, padahal aku taat, itu lebih aku sukai daripada aku masuk ke neraka kerana berbuat maksiat.Tetapi tidak akan yang demikian kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNYA adalah benar”

Demikianlah tujuh jalan-jalan bisikan syaitan untuk menjadikan ummat manusia dari jauh daripada Allah swt .Semoga kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah swt.Segala perkongsian diatas saya ambil dari Kitab Minhajul Abidin karangan Iman Ghazali Rahimahullah.



2 comments:

  1. "...beramal dengan sir (kejahatan)...." ???

    ReplyDelete
  2. dari respon penulis artikel:

    "Beramal dengan sir (kejahatan) bermaksud seperti kita beramal secara bersembunyi agar orang sekeliling tidak tahu apa yang kita amalkan. Beramal kerana tidak mahu diketahui org juga adalah suatu riya' sbg contoh kita hanya melakukan solat sunat bila tiada org disekeling kita.apabila ada org disekeliling kita,kita tidak melakukannya kerana tidak mahu dilihat org.Dalam mencapai tahap ikhlas,syaitan sentiasa cuba menyesatkan kita.Kerana itu, kita sentiasa lebih merasa resah dgn pandangan org disekeliling terhadap diri kita daripada mengutamakan pandangan Allah disisi kita."

    wallahu 'alam

    ReplyDelete