Friday, May 13, 2011

Membantu dan Bersama-samalah!


Membantu dan Bersama-samalah!
Penulis : penselsaya



Apa pengajaran yang boleh diambil daripada video di atas?

Di dalam organisasi kita bekerja secara bersama-sama. Andai sahabat memerlukan bantuan, sahabat yang lain akan segera meringankan tulang untuk memberi pertolongan. Walaupun masing-masing diberikan jawatan, namun jawatan ataupun status bukanlah penghalang untuk kita saling bantu-membantu.

Satu hari, masalah datang. Sahabat yang ditugaskan untuk membuat kerja terus dipersalahkan. Kononnya dia tidak menjalankan tugasnya dengan baik. Kononnya dia lah penyebab kepada permasalahan yang timbul.

Di satu sudut yang lain, di mana peranan yang sepatutnya dimainkan oleh sahabat yang lain? Bukanlah namanya hidup berorganisasi atau bermasyarakat, sekiranya budaya 'kau kau, aku aku' terus dipasakkan di dalam diri. Yang mana akhirnya, semua akan mencari arah untuk menuding jari!

Untuk yang diberikan jawatan dalam organisasi, berusahalah untuk mencari sahabat untuk bekerja bersama-sama. Jika ada tugasan yang tidak mampu dilaksanakan sendiri, carilah bantuan agar bebanan yang ada tidak 'menyeksa diri'.

Untuk sahabat dalam organisasi, hulurkan tangan, ringankan tulang dan mulut untuk sama-sama membantu sahabat yang memerlukan. Paling tidak pun bertanyalah, "Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Biar pun tanpa diminta, tanpa disuruh. Kerana, bukankah hidup ini akan lebih bermakna jika kudrat yang ada digunakan untuk 'memberi'?

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


No comments:

Post a Comment