Bukan Sekadar Buku Sejarah Yang Biasa
Penulis: miminapis
Apabila terkenang zaman dahulu, macam-macam reaksi yang akan timbul.
Kalau kenangan itu menggembirakan, kita pasti akan tersenyum manis.
Kalau kenangan itu sebaliknya, pasti akan membuatkan kita sedih dan seolah tidak mahu mengingatinya lagi.
Itu adalah suatu kebiasaan.
Yang pahit itu dilupakan, yang manis itu diingat sepanjang zaman!
Betul kah paradigma ini?
Seorang pemuda zaman lampaunya penuh dengan kesedihan. Sehinggakan setiap kali dia terkenang masa lalunya, pasti dia akan berasa tertekan. Amat dahsyat! Zahirnya dia seperti manusia biasa, tiada cacat celanya. Namun, apabila tiba saatnya dia bersendirian, kenangan-kenangan hitamnya yang suram pasti akan datang mengetuk mindanya! Akhirnya, semangat baru dia tanam dan baja di dalam diri, jatuh merundum akibat dikaburi oleh silamnya yang kelam. Lebih teruk lagi apabila dia tidak bertemu sebarang motivasi untuk menguatkan hati.
Di sebuah kampung di hujung bandar, ada seorang gadis. Gadis itu kisah lampau nya juga hitam. Dia melalui hari-hari nya dengan berusaha untuk memperbaiki keadaan dirinya. Dia juga selalu terkenang akan kisah silam nya. Dia terkenang perkara-perkara lama dan berfikir secara optimis. Hidupnya perlu di ubah. Sejarah lama yang manis, dijadikannya sebagai pedoman dan pemangkin untuk terus bangkit. Manakalah sejarah yang hitam kelam dijadikannya pengajaran.
Satu perkara yang membezakan si gadis dan pemuda adalah cara mereka berfikir.
Cara mereka memandang sejarah.
Kisah tentera Islam menang semasa Perang Badar.
Kisah pembukaan Kota Madinah yang terdiri daripada masyarakat pelbagai agama.
Tahun 1924, kejatuhan zaman Khilafah Islam.
Kisah kebangkitan Islam di Turki, India, Indonesia.
Bagaimana paradigma kita apabila mengetahui sejarah-sejarah di atas?
Hanya sekadar ilmu pengetahuan?
Mereka yang benar-benar ingin belajar daripada sejarah akan berusaha untuk tidak mengulangi sejarah.
Semasa di darjah 6, keputusan UPSR kita kurang membanggakan. Langsung kita belajar daripada situ untuk memperbaiki diri. Perbaiki cara menguruskan masa belajar, perbaiki pengambilan makanan yang sihat untuk otak dan lain-lain. Akhirnya, ketika PMR dan SPM, kita menjadi antara pelajar terbaik! Maka, berhasillah usaha pembaikan kita itu.
Pada tahun 1924, kerajaan Islam jatuh. Bermula daripada itu, umat Islam menjadi lemah. Tiada lagi Khalifah yang melindungi umat Islam. Antara punca kepada kejatuhan Islam adalah umatnya yang semakin bermasalah! Umat Islam yang semakin jauh daripada kitab suci Al-Quran. (Tahukah kita tentang itu?)
Jadi, apa yang kita buat?
Mungkin bagi mereka yang bergelar ‘budak usrah’, mereka sering kali mendengar ayat, “Umat Islam ni dah semakin lemah,” sehingga telinga mereka menjadi lali. Telinga yang sudah lali, sepatutnya sudah mampu untuk menggerakkan diri untuk memperbaiki diri. Mulanya dengan diri sendiri, kemudian orang di sekeliling akan dicari untuk sama-sama merasai manisnya beramal dengan Islam.
Itu lah yang sepatutnya.
Itu yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang hati nya basah dijirus dengan sejarah islam dan perlunya untuk mengembalikan Islam kembali.
Kerana Islam itu sahajalah cara hidup yang sepatutnya diikut.
Kita sudah biasa hidup senang.
“Tak baca dan dalami Al-Quran pun aku hidup senang je pun sekarang,” ujar A.
Kesenangan dan kesusahan itu ujian daripada Allah SWT.
Kembali kepada paradigma, ataupun cara berfikir.
Apa yang kita rasa apabila orang menyebut tentang ‘Islam’?
‘Islam itu agama.’
‘Islam itu cara hidup saya.’
Satu perkataan tetapi pelbagai tafsiran. Kerana?
Kerana berbezanya tingkat ilmu seseorang tentang Islam.
Jika A memandang Islam hanya sebagai agama, maka, terpisahlah bidang pendidikannya, cara komunikasinya, cara pentadbirannya, cara pergaulannya, daripada Islam.
Jika A memandang Islam sebagai cara hidup, satu guide yang memandu hidupnya di dunia ini, maka, Islam lah keseluruhan hidupnya.
Tanya pada diri, “Aku mahu Islam yang separuh-separuh ataupun islam yang lengkap?”
“.. Sungguh, telah datang kepadamu penjelasan yang nyata, petunjuk dan rahmat dari Tuhanmu. Siapakah yg lebih zalim daripada orang yg mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak, Kami akan mmberi balasan kepada orang-orang yg berpaling dari ayat-ayat Kami dengan azab yang keras, kerana mereka selalu berpaling.” (Surah Al-An’am, ayat 157)
Al-Quran itu terdapat banyak kisah, amaran dan motivasi.
Baca dan berusahalah untuk mengamalkannya.
‘Buku’ itu bukan ‘buku’ biasa, yang hanya dipegang apabila mahu bersumpah.
Hakikatnya, Al-Quran itu ‘buku’ luar biasa yang mampu mengubah paradigma kita, jika kita mahu berfikir!
Sejarah pahit Islam, bukanlah sesuatu yang perlu untuk dilupakan oleh umatnya, sebagaimana kita berusaha untuk melupakan kisah silam kita yang pahit.
Tetapi adalah sesuatu yang perlu diketahui dan diingati, yang akhirnya membawa kepada satu upaya untuk mengembalikannya kembali.
Mulakan dengan menegakkan Islam di dalam diri!
sumber : http://miminapis.wordpress.com/2011/05/04/kerana-ia-bukan-sebuah-buku-biasa/
No comments:
Post a Comment