Monday, May 16, 2011

Exam mode-Part I


Exam mode- Part I
Penulis: kita kawan



Ucapan-ucapan “All the best!” semakin banyak kelihatan di laman sesawang Facebook. Mana tidaknya, bulan Jun merupakan musim peperiksaan bagi rata-rata pelajar di Australia mahupun di New Zealand. Tidak lupa juga bagi mereka yang masih di kolej persediaan. Bahang peperiksaan makin terasa. Begitu juga tekanannya. Rakan-rakan serumah makin menyepi sendiri di dalam bilik mengulangkaji. Gurau senda hanya sesekali kedengaran. Di tengah malam yang sunyi, ramai juga yang bangun solat malam memohon bantuan daripada Allah.

Teori challenge and respond.

Saya teringat dalam satu kuliah Ustaz Hasrizal, beliau pernah menyatakan tentang teori challenge and respond yang diasaskan oleh Ibnu Khaldun lalu diolah formulanya dan diberi nafas baru oleh sejarawan barat. Kawan-kawan, Allah menjadikan hidup kita ini sebagai ujian (challenge), dan melihat bagaimana cara kita bertindak balas terhadap ujian tersebut (respond).

Dalam surah Al-Mulk, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” [67:1-2]

Allah menguji dan kemudian memberi penilaian siapa antara kita yang 'menjawab' secara paling baik. Ini termasuklah ujian menghadapi peperiksaan.

Begin with the end in mind.

Peperiksaan bukanlah menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh insan yang begelar pelajar. Tidak kira di sekolah mahupun di universiti; ujian, peperiksaan atau yang seumpama dengannya dilihat lebih menyakitkan. Mungkin sesetengahnya lebih gemar memilih untuk belajar di saat akhir. Lebih ingat barangkali. Saya tidaklah berniat untuk memberi teknik untuk belajar. Terpulang kepada individu. Saya cuma ingin mengajak diri sendiri dan rakan-rakan untuk sama-sama mendidik diri untuk berfikir secara positif dan pandang ke hadapan.

"Aku engineer muslim! High Distinction! 1st Class insya Allah!"

Bermula dengan hari pertama sesi baru sehinggalah musim peperiksaan, kita perlu menetapkan azam yang jelas. Tuliskan matlamat besar-besar dan tampal di depan meja atau di tempat yang kita akan lihat hari-hari. Mungkin ada yang terasa segan berbuat demikian. “Alamak macam poyo je.” Antara suara hati yang sering kedengaran. Hakikatnya, melihat secara helicopter view mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Apabila kita sudah visualise akan apa yang ingin dicapai, ia akan meransang neuron-neuron positive dan memberi daya penolak untuk kita berusaha tanpa putus asa.

Mari hidup di dunia untuk akhirat!

Jika matlamat akhir kita adalah untuk mendapat redha Allah, kita akan padamkan segala keletihan berjaga malam membuat assignment, berlapar bagi membeli buku-buku rujukan, lalu berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat redha Allah melalui usaha kecil kita dalam menuntut ilmu.

Unblock your mental block.

“Aku tak confident lah, betul ke aku boleh jadi doktor ni?”

Kadang-kadang setelah membuat pilihan, di pertengahan kita terasa ragu-ragu dengan jalan yang sebenarnya telah Allah tetapkan untuk kita. Suara syaitan dan angkatan tenteranya tidak jemu membisikkan “Buat apa engkau susah-susah nak belajar ni. Ramai lagi yang boleh tolong umat Islam”. Tambah-tambah pula apabila apa yang dipelajari semakin sukar. Mulalah timbul rasa menyesal, takut untuk memandang hari esok, dan rasa amat rendah diri. Fikiran-fikiran negatif ini hakikatnya tanpa kita sedar mendidik minda dan diri kita merealisasikan apa yang kita fikirkan.

“Hmm, boleh ke aku lulus exam ni?”

“Kenapa aku rasa aku makin ‘lambat’?”

I am good at nothing

Ayat-ayat sebegini merupakan antara tembok-tembok yang boleh menghalang kita untuk mencipta kejayaan. Pecahkanlah semua tembok itu, sematkan dalam hati

Insya Allah aku boleh! Aku memang boleh!

Insya Allah kekuatan itu akan benar-benar kita rasakan.

“Ah, susahnya belajar.”

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk memperoleh sesuatu yang berharga. Begitulah adat dalam menuntut ilmu. Namun, bersabarlah. Bukankah ilmu itu milik Allah? Kefahaman itu juga milik Allah. Jadi apabila kita sukar memahami sesuatu, jangan lokek untuk meminta daripada Dia yang memberi kefahaman. Di tengah kesibukan belajar, cari sedikit masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah. Jadikan solat, membaca Quran dan usrah sebagai masa rehat kita. Kesusahan dalam menuntut ilmu membuatkan kita sedar betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Sang Pencipta.

Tawakkal kepada Allah.



“Haish aku dah usaha bagai nak gila, tapi tak dapat juga.”

Tawakkal kepada Allah haruslah disertai dengan usaha. Tidak boleh berdoa sahaja tetapi tiada usaha. Setelah berusaha sehabis baik, maka serahkanlah segalanya pada Allah.

“.........Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah........” [3:159]

Jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Biarpun kita terasa susah menjawab soalan-soalan peperiksaan, yakinlah bahawa Allah tentukan yang terbaik. Kita perlu berdoa dan berserah kepadaNya. Kita tidak pernah tahu apa yang telah Allah rencanakan. Tetapi bersangka baiklah dengan Allah. Never give up mate!

"Kenapa aku kena berdoa?"

"Bukankah Allah Maha mengetahui segala isi hati?"

Memang Allah Maha Mengetahui segala apa yang terbuku di dalam sanubari kita. Namun, Allah menyuruh kita berdoa, dan berdoalah dengan spesifik supaya kita sendiri tahu apa yang kita inginkan lalu menggerakkan usaha bagi mencapainya.

“Belajar itu amanah dari Allah. Kalau kita tidak sungguh-sungguh dalam belajar, itu tandanya kita tak takut pada Allah. Ilmu itu pula nur (cahaya) dan hanya akan menembusi hati yang bersih. Maka bersihkanlah hati sentiasa. Ilmu itu ilmu Allah, satu anugerah sebenarnya. Jadi jangan tension dalam mempelajarinya” Husna, New Zealand.

“Ilmu itu merupakan nur dari Allah yang takkan bertapak dalam hati yang berkulat dengan maksiat. Ketahuilah bahawa tidaklah seseorang itu dikatakan mempunyai ilmu yang hakiki sehingglah ilmu itu dapat membuatkannya berasa semakin rendah dan tunduk kepada yang Maha Mencipta”. Natrah, Cairo.

Wallahu’alam.

Ma’at taufiq wannajah.

All the best mate! :)

No comments:

Post a Comment