Tuesday, July 27, 2010

Pertembungan ; Antara Harta dan Allah

Pertembungan ; Antara Harta dan Allah
Penulis : firnas_nafiz


Bismillahirrahmanirrahim.

Cuaca yang dingin di Sydney sore itu mendamaikan. Kelihatan dua orang sahabat sebaya, Upin dan Ipin sedang
menghirup udara segar sambil dua gelas “Hot Chocolate” tersedia di atas meja putih di belakang halaman rumah.

Sambil bersandar di atas kerusi plastik empuk yang dibeli dari IKEA Homebush, Upin yang sedang tersenyum sendirian, petanda datangnya ilham dari tuhan mula berbicara.. “Ipin, katakan satu hari kau nak beli ayam di kawasan Kingsford. Kedai ayam ada dua sahaja. Ayam kat John’s Butcher lagi murah dari ayam kat TJ Brothers..bukan sebarangan murah tau, dalam 70% diskaun kau dapat..agak-agak ayam mana yang kau nak beli?” duga Upin.

Ipin yang sedikit terganggu konsentrasinya ketika menikmati pemandangan indah halaman rumah 75, Eastern Avenue yang dihiasi kerlipan bunga tulip lantas menjawab “Ah, sudah tentulah aku beli yang murah..dapat jimat..tak kisah la ayam tu kualiti macam mana, asal boleh makan”.

Sambil tersenyum, agaknya itulah jawapan yang diduga oleh Upin. Lantas dia menjawab tenang.
“Walaupun ayam di John’s Butcher tu tak disembelih manakala ayam di TJ Brothers tu ayam sembelih? Kau tetap nak beli yang murah dan tak halal juga?”, tenang dan tersusun jawapanya.. Cuba menimbulkan sedikit provokasi dan tidak reaktif dengan jawapan yang diberikan Ipin. “Urm, tapi kita boleh makan makanan ahli kitab kan?”, Ipin cuba menjustifikasi.

“Ada ke ahli kitab sekarang ni? Dan pengusaha John’s Butcher boleh berikan kepastian berkenaan dengan tukang sembelih ayam mereka ahli kitab?”, Upin mula berhujah tenang. “Urm, entahlah Upin… Err, kalau darurat takpe kan?”, sekali lagi Ipin cuba berhujah.

Tersenyum Upin melihat Ipin. Lantas dalam hatinya berdoa semoga Allah melimpahkan rahmat & ilmu pengetahuan yang haq ke dalam hati sahabat baiknya itu dan juga memberikan kemudahan serta perlindungan ke atas usaha dakwahnya kepada Ipin. Tanpa basa-basi lagi, Upin menyusun perkataan.
“Ipin, mari aku ceritakan satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W nak?”

“Nak nak nak″
, balas isi umpama bayi kecil yang mahu disusukan tatkala lapar, begitu bersemangat sekali Ipin dalam mendengar cerita sahabatnya.


“Satu hari, ketika mana Rasulullah S.A.W mengeluarkan arahan berperang di Tabuk, para sahabat menghadapi konflik antara pergi berperang atau berniaga kerana ketika itu musim Soifiyn (panas), musim yang mana perniagaan berkembang pesat dan maju, hasil-hasil
tanaman dan ternakan yang baik, pedagang-pedagang ramai yang datang…Tengah-tengah bisnes nak maju, tiba-tiba keluar arahan pergi berperang yang mana belum tentu akan kembali dengan selamat atau tidak..Dahla jauh pula tu Tabuk dari Madinah”, Upin mula bercerita.

“Urm, analoginya sekarang macam kita yang sedang sibuk uruskan perniagaan berbilion-bilion dollar dengan seorang klien, mesyuarat sana sini, terlalu sibuk dengan agenda kerja dan tiba-tiba ada orang ajak kita pergi solat berjemaah di surau pejabat?, macam tu ke Upin?”, Ipin cuba beranalogi untuk menunjukkan kefahamannya selepas mengikuti usrah
mingguan bersama Upin. “Tepat sekali”, jawab Upin tersenyum.
“Tahu apa yang para sahabat lakukan? Mereka tinggalkan perniagaan mereka walaupun mereka kekurangan duit. Tahu dari mana mereka dapat duit? Daripada perniagaan mereka pada musim itu. Lantas pergi berperang di Tabuk yang jarak perjalanan dari Madinah ke Tabuk mengambil masa selama satu hari kalau naik bas. Para sahabat dulu mana ada bas,mereka menaiki unta..ditambah dengan musim panas lagi. Agaknya sekarang ini, sanggup tak kita lakukan sebagaimana para sahabat lakukan ketika itu?” soal Upin, sekali lagi menimbulkan provokasi.
“Alhamdulillah, kerana niat yang ikhlas dalam menegakkan islam, Allah kurniakan mukjizat ke atas Rasulullah S.A.W. Kalau ikut sirah, banyak sekali mukjizat yang mucul. Antaranya air keluar dari celah-celah jari Rasulullah S.A.W, makanan yang sikit, dikumpul2 dalam kain akhirnya jadi banyak, dan bermacam-macam lagi. Mukjizat yang paling besar, bilamana Allah memberikan kemenangan kepada umat islam dalam perang Tabuk. Musuh lari bertempiaran sebelum tentera islam tiba sambil meninggalkan harta-harta perang mereka. Alhamdulillah, lihat.. Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik kepada kaum muslimin”

“Subhanallah…”,
terpacul kalimah suci itu daripada mulut Ipin.


“Para sahabat sanggup meninggalkan perniagaan mereka kerana mereka telah dididik oleh Rasulullah S.A.W untuk sentiasa menjaga kepentingan Allah sebagai yang utama. Dalam kehidupan, redha Allah menjadi satu yang kita mahukan. Alangkah ruginya kalau kita berbuat satu kebaikan, namun Allah tak redha di atas kebaikan tersebut. Di akhirat nant
i akan dicampakkan amalan tersebut ke muka kita.. Itu amalan baik, macam mana pula dengan amalan yang tak baik? Amalan yang bercampur dengan sumber yang haram? Agak-agak Allah nak redha ke atas diri kita atau tidak?”, tenang kata-kata Upin. Mempraktikkan hikmah dalam berdakwah. Sambil tersenyum, Upin menghabiskan kata-katanya dengan mengamalkan salah satu daripada teknik menyentuh hati yang dibacanya dari kitab Bagaimana Menyentuh Hati karya Syeikh Abbas As-Sisi, iaitu memujuk serta mengajak.

“Sahabatku, jom kita cari keredhaan Allah dalam setiap amalan kita. Jangan kita bunuh roh keredhaan Allah semata-mata kerana ingin menjaga kepentingan harta dunia. Bukankah Allah telah berjanji untuk memberikan bantuan dan nikmat yang melimpah ruah buat
hamba-Nya yang sentiasa berpegang teguh dengan tali Allah?”. Ipin terkedu, tunduk dan diam seribu bahasa. Wajahnya terpamir sedikit kesalan. Namun jauh di lubuk hatinya berbunga-bunga kegembiraan kerana telah mempelajari sesuatu yang berharga petang itu. Dia akhirnya tersenyum sipu sambil berkata: “Ha ah, betul tu Upin..tiba-tiba aku teringat pada ayat yang selalu kau baca dulu setiap kali usrah..”
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)


“Haa, betul tu Ipin.. Pandai.. Cepat faham.. Sedap maksud tu.. Yang penting kena berTAQWA, kena beramal dengan amalan-amalan Islam..”,
sebelum Upin menyambung, Ipin
lantas mencelah “Jangan sekadar gantung sahaja buat perhiasan rumah tanpa memahami apa matlamat asal ayat itu.. Dah jadi adat melayu kita lah ni..ish ish ish..” sinis Ipin.

Tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Mereka berdua tersenyum bersama. Sambil minda mula ligat berfikir tentang adat-adat dan kepercayaan Melayu yang karut untuk dibincangkan kemudian. Mentari kelihatan melabuhkan tirainya, dua sahabat bergerak menuju ke surau yang terletak di Bourke Street, Alexandria, berbekalkan harapan dan semangat yang baru.

–Letakkan dunia ini ditanganku Allah, bukannya di hatiku!
-

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment