Ilmu Mutiara
Penulis : firnas_nafiz
Bismillahirrahmanirrahim
“Yea, duit biasiswa aku dah naik! Kayalah aku nanti… Paling tinggi pula tu antara semua" ujar si A bangga.
”Penaja aku bagi kerja kat oversea, tak macam korang.. Kena kerja kat Malaysia aje.. Ape kelas”, kata si B sambil tersenyum simpul.
“Aku pergi Australia nanti nak kumpul duit, beli kereta, melancong satu benua, bla..bla…bla..”, betah si C sambil menekan-nekan kalkulator.
Serta bermacam-macam lagi dialog yang sering timbul daripada mulut pelajar-pelajar ‘tajaan’ yang terlalu ghairah akibat daripada durian runtuh yang diberikan oleh pihak penaja kepada mereka.
Belajar berorientasikan duit?
Tidak salah untuk bergembira atas berita baik yang diterima. Namun perlulah dijaga niat dan perilaku. Lebih-lebih lagi niat utama kita belajar. Antara sedar atau tidak, suasana ‘ingin sentiasa senang’ dan ‘mudah’ dek kerana terlalu dimanjakan pihak penaja dan selalu ‘demand’ seolah-olah telah menjadikan kita kurang menghargai ilmu.
Matlamat kini lebih tertumpu kepada materialistik berbanding Rabbani. Lihatlah para ulama dahulu sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata kerana dahagakan ilmu. Mereka lebih biasa hidup dalam kemiskinan, penderitaan, dan kesulitan hidup yang menghimpit. Namun mereka melaluinya dengan penuh kesabaran. Dalam penderitaan yang menghimpit itulah mereka mengais ilmu dan hikmah. Dalam kesulitan hidup itulah mereka menulis karya-karya yang besar dan bemanfaat kepada sekalian alam.
Imam Malik, demi membiayai pengajiannya menuntut ilmu, beliau sanggup mencabut bumbung atap rumahnya lalu menjualnya. Beliau sanggup kesejukan, dan kepanasan semata-mata kerana dahagakan ilmu.
Imam Bukhari misalnya, sehingga terpaksa menjual semua barang keperluannya semata-mata kerana ilmu. Sehingga pakaiannya pun terpaksa dijual. Mujurlah Imam Al-Asyqar tampil untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan beberapa dirham untuk membeli pakaian. Lalu Imam Bukhari meneruskan penulisan hadith beliau dan menjadi salah seorang perawi hadith yang tersohor.
Imam Abu Hatim misalnya, dek kerana kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli sumbu pelita. Beliau sanggup belajar dengan bertemankan lampu-lampu jalan dimalam yang sejuk dan gelap.
Imam Abu Hanifah setelah dibebaskan daripada penjara, menolak ganjaran 100 000 dirham yang diberikan khalifah sebaliknya menginfaqkan seluruhnya kepada golongan-golongan miskin.
Bagi mereka, dalam menuntut ilmu, keredhaan Allah itu lebih berharga daripada seluruh isi dunia. Ilmu yang bermanfaat, bakal menjadi pelindung diri di alam barzakh.
Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar-benar nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu, jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung.
Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar-benar nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu, jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung.
Seharusnya nikmat keuntungan itu dijadikan pemangkin untuk kita lebih mencintai dan menghargai ilmu. Seandainya dengan nikmat biasiswa yang diberikan sekarang pun kita masih mengeluh, maka amat jauhlah perbezaan kita dalam menghargai ilmu jika hendak dibandingkan dengan para ulama terdahulu.
Semakin banyak nikmat yang kita terima, semakin banyak tanggungjawab yang kita galas, dan semakin banyak amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
Ketika musim susah, baru nak ingat Allah.. Ketika musim senang dan dikurniakan nikmat kemudahan, tak pernah ingat Allah.. Yang haram dikatakan halal, yang buruk dikatakan baik. Berlagak seolah-olah dunia ini dia yang punya.
Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehingga membawa kepada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan menjatuhkan martabat orang lain. Harta kita semuanya pinjaman. Satu masa akan kembali juga. Apakah relevannya membanggakan diri dikhayalak ramai? Inginkan diri dipuja dan dipuji? Disanjung hingga melangit tinggi? Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi, makin rendah diri dan berbakti, peliharalah maruah dan harga diri.
Ya, kita perlu takut dan harap. Takut seandainya kita menzalimi nikmat yang diberikan, takut seandainya Allah menarik kembali nikmat yang diberikan, takut seandainya kita gagal menjawab pertanyaan Allah di hari akhirat kelak.
Harap agar Allah berikan panduan untuk kita gunakan nikmat itu sebaiknya. Harap agar kita jauh dari sifat riya’dan takabbur.
Ingatlah, bukan apa yang kita rancang itu akan berjaya. Allah penentu segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan melipat gandakan nikmat pemberian-Nya.. Tetapi seandainya kita kufur, maka sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..
Ilmu itu mutiara, terdampar di lautan bergelora… Apakah mudah untuk mendambanya?
“Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeruWallahu'alam
Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan
mereka sampai di daratan, lalu sebahagian daripada mereka tetap menempuh jalan
yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami adalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih..” Surah Luqman : ayat 32
No comments:
Post a Comment