Monday, July 26, 2010

Ku Intai Ramadhan.

Ku Intai Ramadhan..
Penulis : Hannah Rafiqi

Hati.. Wahai hatiku.. Mengapa kau gundah, kau gundah atau girang sebenarnya?

Lalu hatiku memujuk untuk aku mencari ketenangan dengan Penciptaku di sebalik tirai malam Syaa`ban. Sebenarnya baru tadi telinga ini menangkap bait-bait lagu indah dendangan entah siapa.. Sungguh ia terkesan di hatiku.. Setitik demi setitik air mata yang tak mampu ku tahan, berderai membasahi pipi..


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada


Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintah-Nya

Moga dapat ku lenturkan


Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja


Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada

Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…

Dengan rahmat-Mu oh Tuhanku…

Ku tempuh jua


Hati ini gundah kerana memikirkan sejauh mana telah aku menyempurnakan diriku sebagai Muslim setelah melalui madrasah Ramadhan lalu.. Oh, masih banyak lagi yang perlu ku perbaiki ya Allah.. Masih banyak lagi sisa-sisa karat jahiliah yang menoda hati ini.

Setahun yang berlalu, amalan yang pernahku istiqamah dengannya pada Ramadhan lalu kini tercicir.. Aku kecewa.. Adakah munkin amalku pada waktu itu tidak diterima? Terentap jiwaku bila memikirkannya.

Mungkin.. Mungkin amalan yang aku persembahkan pada Yang Esa tidak sempurna kerna dicemari hati yang tidak memurnikan ketulusan dan keikhlasan kepadaNya.
Kegundahan hati ini terselit jua kegirangan yang sukar untukku ungkapan. Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberiku kesempatan menjejakkan ruhku ke madrasah Ramadhan yang bakal kunjung tiba.

Harapanku untuk Ramadhan kali ini menggunung tinggi. Aku pohon agar Ramadhan ini memberi nafas baru dalam pengabdian diriku kepada Yang Esa, agar lebih teguh jiwaku menghadapi dunia yang fana` sepeninggalan madrasah Ramadhan nanti.
Sungguh banyak yang ku rancang untuk laksanakan nanti, tarawih, qiam, khatam quran, sedekah .. Oh, moga Allah memudahkan untukku mencapai cita-cita ini.

Aku tahu, Allah telah pun merantai Syaitan yang tidak pernah berputus asa menjauhkan manusia daripada Pencipta.. Betapa besarnya kasih sayang Dia kepada kita.. Musuh
utama kita telah pun terbelenggu, Allah sungguh mengistimewakan Ramadhan ini bagi hamba-hamba-Nya yang ingin membaiki jiwa yang sakit ditelan dunia.

Andaikata Ramadhan kali ini aku lalui seperti hari-hari dahulu.. Hari-hari yang penuh dengan noda dan dosa, lagha dan hina.. mungkin..mungkin nafsu didikan syaitan telah menguasai diriku. Biarpun Syaitan dirantai, namun nafsu yang telah dibentuknya akan terus memanduku jauh dari mengecapi kemanisan Ramadhan, apatah lagi mencapai redha Allah.. Naudzubillahi min zalik! Aku tak mahu jadi orang-orang yang rugi..

Orang-orang yang dimatikan hatinya.. Akibat nafsu yang menguasai. Oh Ya Allah, biarlah Ramadhan ini menjadi pentas hidupku yang indah, dihiasi dengan ibadah pada siang dan malam hari lahir dari keikhlasan hati… Ya Allah, semoga amalanku yang tak seberapa itu akan diterimaMu, dan berilah kekuatan untukku istiqamah dengan amalanku apabila Ramadhan meninggalkanku nanti.. Amin


Aku juga manusia yang berharap untuk masuk
syurgaMu Ya Allah, dan sungguh takut akan api neraka-Mu.. Ya Allah aku berusaha untuk melepaskan diriku dari Neraka ya Allah, maka masukkan aku ke dalam syurgamu dengan rahmat-Mu Ya Allah.


Moga madrasah Ramadhan akan memberiku kekuatan untukku melenturkan nafsuku yang sentiasa membawaku ke jurang neraka, dan mendekatkanku kepada syurga-Mu..

No comments:

Post a Comment