Tuesday, December 14, 2010

Hati Emas - Ikhlas

Hati Emas - Ikhlas
Penulis : Mat Rock

Kata orang, ikhlas itu tidak akan terkesan oleh pujian atau kejian. Orang yang ikhlas akan tetap meneruskan kerjanya walau apa pun pandangan manusia di sekelilingnya. Namun hakikatnya manusia seringkali menilai sesuatu melalui ransangan emosi dan bukannya pandangan akal.

Ikhlas itu sebenarnya tidak berbicara, diamnya membawa seribu makna. Di luarnya tawaduk, di dalamnya zuhud. Ikhlas itu tidak diminta, ia diberi. Memang benar ikhlas sukar dilihat - seperti semut hitam di atas batu hitam di waktu malam pekat. Malah ikhlas juga sukar dilaksanakan.

Cakap memang mudah, melakukannya susah. Kita mampu mengeluarkan duit untuk belanja makan rakan-rakan sekuliah lalu kita katakan kita memang ikhlas mahu belanja mereka makan. Ikhlas kerana mahu menjaga ukhwah sesama rakan-rakan, ikhlas kerana Allah Taala dan mungkin juga ikhlas kerana banyaknya elaun bulanan.


Bayangkan ada seorang yang tidak kita kenali. Bahkan orang itu mencaci dan maki hamun kita, sepertinya dia adalah musuh kita. Dia menuduh kita gila, ahli sihir, pendusta dan bermacam-macam lagi. Mampukah kita ikhlas kerana Allah untuk membelanja dia makan seperti mana kita membelanja rakan-rakan sekuliah kita makan? Hanya ada seorang sahaja yang mampu melakukan seperti itu. Dan dia ikhlas kerana Allah, akhlaknya adalah al Quran. Dia kekasih Allah, Muhammad SAW. Sirah mengatakan Nabi Muhammad memberi makan kepada seorang Yahudi tua yang buta di kawasannya walaupun orang Yahudi buta itu menentangnya.

Ah...hendak belanja musuh yang selalu menentang kita pun belum lagi kita berani, apatah lagi mahu ikhlas dalam memberi. Jauhnya kita daripada Al-Quran, jauhnya kita daripada sunnah Nabi. Jadilah seperti pohon, apabila dilemparkan batu, ia membalasnya dengan buah. Realistikkah? Ya, Nabi Muhammad sudah menjadikannya praktikal di alam realiti. Hanya kita belum lagi, masih berteori sana sini, menghukum itu ini.



Monday, December 13, 2010

"What Boys Can Do, Girls Can Do Better!"


"What Boys Can Do, Girls Can Do Better!"
Penulis : penselsaya

Dahulu saya selalu berfikir perempuan boleh buat semua benda tanpa bantuan lelaki. Mungkin kerana 5 tahun berada di sekolah semua perempuan, persekitaran telah membentuk paradigma saya. Saya pernah menyimpulkan bahawa, perempuan boleh hidup tanpa lelaki. Mana tidaknya, di sekolah perempuan, semua jawatan, bermula daripada Ketua Pengawas hinggalah ke Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), semuanya dipegang oleh perempuan. Tambahan pula, sepanjang berada di sekolah perempuan, belum pernah sekali pun Pengetua dan Penolong-penolong Kanan terdiri daripada guru lelaki.

Antara slogan sekolah ketika saya menengah rendah adalah, "What boys can do, girls can do better". Wah, lihat lah! Bukan sebarangan. "Girls can do BETTER!". Persekitaran yang sebegitu membuatkan saya merasakan tanpa lelaki perempuan pun boleh survive. Oh, itu dulu. Dahulu fikiran kurang matang. Jarang terdedah kepada dunia luar. Dahulu pemikiran saya tak meluas dan sering saya sempit-sempitkan.


Apabila keluar dari kepompong sekolah perempuan, saya mula melakukan anjakan paradigma, sedikit demi sedikit. Itu pun kadang kala paradigma itu berubah-ubah, dan ada kalanya kembali kepada paradigma yang asal.

Tatkala cuti summer ini, Alhamdulillah, Malaysia sekali lagi menjadi destinasi tujuan untuk menghabiskan masa cuti. Peluang ini saya gunakan untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan saudara-mara yang jarang bertemu. Berjumpa dengan adik-adik sepupu, serta pak cik dan mak cik. Pakcik dan makcik yang telah hidup berkeluarga dan mempunyai cahaya mata sebagai penyinar kehidupan mereka.

Mereka semua membuatkan saya kembali berfikir tentang satu 'kesimpulan mati' yang pernah saya buat dahulu. 'Kesimpulan mati', di mana jika ia tidak dileraikan dengan fahaman dan ajaran Islam, pastinya akan membuatkan saya seolah-olah seperti seorang yang menolak satu lumrah alam. Iaitu kepentingan lelaki.

Apabila berada di dalam bidang dakwah, saya berfikir dan memerhatikan sesuatu. Bersama dengan kakak-kakak yang giat dengan kegiatan dakwah, membuatkan saya yakin bahawa dakwah pun boleh berterusan tanpa lelaki. Ketika itu saya masih mentah. Saya tak nampak dimana kerjasama dengan lelaki yang dibuat dalam bidang dakwah. Apa yang saya nampak semua pun kakak-kakak yang buat.

Satu hari seorang ustaz memberi daurah. Saya ajukan soalan kepada beliau. Soalan yang lama bermain dalam fikiran saya. Saya tanyakan pada ustaz, kenapa perlu untuk buat kerja dengan ikhwah, sedangkan hasil kerjasama antara akhawat pun sudah mampu menggerakkan dakwah. Agak angkuh soalannya. Tapi, itu lah soalan yang saya ajukan.

Ustaz memberi jawapan melalui kalam Allah yang suci. Antaranya adalah daripada potongan surah Al-Baqarah, ayat 282.
"............Dan persaksikanlah antara 2 orang saksi lelaki di antara kamu. Jika tidak ada (saksi) 2 orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan 2 orang perempuan di antara orang2 yg kamu sukai dari para saksi (yang ada), agar jika yg seorang lupa maka yg seorang lagi mengingatkannya....."

Huraian ustaz, dalam ayat diatas jelas menunjukkan keseimbangan yang dimainkan oleh perempuan. Dimana, seorang saksi lelaki boleh digantikan dengan 2 orang perempuan. Kata ustaz lagi, hal ini adalah kerana lelaki lebih rasional berbanding perempuan. Manakala, perempuan kelebihannya adalah dari segi emosi. Kehidupan ini tak boleh sentiasa mahu rasional, kerana hakikatnya manusia juga beremosi. Maka, disini wujudlah satu kerjasama yang perlu dilakukan antara lelaki dan perempuan, agar keseimbangan terhadap sesuatu keputusan itu dapat dibuat.


Allah menyuruh manusia untuk berfikir. Melihat alam sekeliling, perhatikan setiap apa yang berlaku di kiri dan kanan, sekaligus berfikir mengenainya. Daripada situ, manusia boleh belajar.

Semasa kecil saya mendengar cerita-cerita daripada makcik-makcik yang bercerita. Mulanya tidak mengerti. Semakin besar semakin mengerti. Sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan saya belajar.

Mereka orang yang saya hormati, orang yang dekat dengan saya. Masa dahulu, mereka lain. Dahulu anak tiada, kini sudah dua tiga orang. Dahulu mereka bertindak mengikut hati dan panas baran sendiri, kini mungkin lebih rasional dalam membuat tindakan. Dahulu mereka baru memulakan hidup berdua, berkeluarga, kini mereka telah banyak belajar. Dahulu mereka mungkin bertatih lagi dalam dunia ini walaupun umur sudah mencapai 30-an. Kini mereka nampak lebih baik daripada dahulu.

Saya lihat perubahan yang berlaku dan menilainya. Tidak dinafikan semua perubahan yang berlaku adalah kerana rahmat dan perancangan Allah SWT Yang Maha Hebat.

Namun, satu yang tidak dapat saya nafikan, iaitu penafian yang pernah saya buat dahulu. Ada nya dan perlunya seorang wanita dalam pembinaan seorang lelaki. Wanita itu tidak kiralah ibunya ataupun adik perempuannya ataupun isterinya!


Saya makin terbuka bahawa perlunya ada kehidupan antara lelaki dan wanita kerana hakikatnya dua jantina yang berbeza ini saling memerlukan. Masing-masing punya kelebihan yang masing-masing sedia maklum. Namun, masing-masing juga punyai kelemahan. Kelemahan inilah yang ditampung oleh jantina bertentangan. Manakala, kelebihan yang ada dikongsi bersama.

Syukur kerana masih ada sayang daripada-Nya. Sayang daripada-Nya sehingga membolehkan seseorang kembali berfikir melalui penilaian dan pemerhatian yang dilakukan. Sayang yang ditunjukkan-Nya dengan menurunkan kitab suci-Nya untuk dijadikan panduan oleh seluruh manusia, jika dan hanya jika manusia itu mahu mencari dan terus mencari.

Alhamdulillah.


Sunday, December 5, 2010

Kerana Kau Bidadari Itu

Kerana Kau Bidadari Itu
Penulis : Daie Global

“Umi, kita dah ‘confirm’ balik 7 Disember ni tau, nanti Ummi dan Waliq tunggu kita tau, kita rinnnndu sangat nak jumpa Ummi, Waliq, adik-adik dan sanak saudara, ujur diriku di corong telefon.

“Ye ke nak Ummi tunggu? Kan awak dah ada someone istimewa”, usik Ummi sambil tergelak manja.

“InsyAllah, Ummi dan Waliq akan sambut kepulangan awak, tapi kalau Ummi tak datang pun, awak janganlah bersedih hati”, sambung ummi dengan nada bergurau.

“Ummi..”

“Ish ish ish.. Anak Ummi sorang ni, manja betul. Awak tu dah besar. Kena berdikari. Awak ada tanggungjawab pada keluarga tau, jadi awak tak boleh nak bergantung dengan Ummi selalu, tegas Ummi.

“Kita tahu tu Ummi. Ummi macam tak sudi je nak jemput kita, balas aku yang kononnya merajuk.

Tikkkkkkkkkkkkk. Tiba-tiba panggilan terputus. Inilah situasi biasa yang aku alami, maklumlah perlu merentasi benua untuk berhubung.
Aku menghitung hari untuk pulang ke Malaysia setelah dua tahun menyambung pelajaran, menimba pengalaman di bumi asing. Pastinya perasaan gembira dan sedih bercampur baur dek meninggalkan bumi Australia ini.


Banyak kenangan manis dan pahit yang terpahat disini. Banyak pengalaman yang aku selami disini.
Hari yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah, akhirnya aku sampai di tanah air tercinta. Aku mencari dan terus mencari, namun tiada siapa yang ku kenali.

“Ummi dan Waliq tak ingat ke”, detik hati kecil ini.

“Ataupun mereka nak buat ‘surprised’”, aku memujuk hati.
Tiba-tiba teringat kata-kata Ummi supaya aku berdikari. Aku membuat keputusan untuk menaiki teksi.

“Mardhiah Sakinah”, terdengar orang memanggil namaku. Aku menoleh ke belakang, ku lihat seorang lelaki.

“Ye saya. Siapa awak dan kenapa awak di sini”, tegur ku tegas.

“Furqan Firdaus, saya datang menjemput awak”, jawabnya.

Terbeliak biji mata aku memandangnya. Furqan Firdaus, nama yang sering keluar dari mulut Ummi.

“Apa awak buat kat sini?”, tanyaku kepadanya sekali lagi
“Saya datang nak ambil awak la, your parents ask me to do so”, jawabnya.

“What?”, aku menarik nafas panjang.
‘Ni ke surprise yang Ummi dan Waliq buat untuk aku’, hati kecil bermonolog sendiri.

“Cepat la sikit, semua orang menanti awak”, dia seolah menggesa aku.

“Saya rela naik teksi. Saya tak kenal awak. Lagipun kita hanya dua orang, pasti ada orang ketiga”, sambungku.

“Saya tahu, dan awak ingat ni ke yang saya minta. Soal ikhtilat, menjaga hati saya pun faham. Nanti la saya jelaskan tapi awak memang kena ikut saya”, nadanya sangat menggesa.

Aku tidak punya pilihan. Aku mengikutnya.
Aku hanya diam di dalam kereta. Dia kelihatan resah, seperti ada sesuatu yang mahu disampaikannya.

“Ummi dan Waliq kemalangan”, dia bersuara. Nadanya menggigil-gigil.

Aku kelu tanpa bicara. Air mata membasahi pipi. “Innalillah hi wa inna ilai hirajiuun”.
“Macam mana keadaan Ummi dan Waliq?”, aku kuatkan diri membuka mulut.

Dia tidak memberi apa-apa jawapan. Aku mula membina kekuatan, andai ini suratan aku terima, aku pasrah segalanya.

Setelah sampai di perkarangan hospital, adik-adik segara mendapatkan aku. Ku peluk mereka erat-erat, ku kucup mereka dengan penuh kasih sayang.
“Macam mana keadaan Ummi dan Waliq, Pak Ngah?”, aku bersuara.

Pak ngah menitiskan air mata dan terdiam.
Dengan suara yang menggeletar, pak ngah bersuara, “Doktor kata keadaan Waliq stabil, tapi Ummi masih dalam bilik pembedahan”.

Melihat lampu bilik pembedahan ditutup, semua sanak saudara segera mendapatkan doktor tersebut. Aku masih di bangku, memeluk adik-adikku.

“Keadaan Puan Rozita masih koma dan…”, doktor itu terdiam.

“Dan apa doktor?”, gesa datuk ku.

“Dia berkemungkinan lumpuh sepanjang hidupnya”. Suasana menjadi bertambah pilu.
Aku panjatkan doa moga Ummi tabah.

“Ada sesiapa bernama Sakinah?” kedengaran suara seorang jururawat.

“Ye saya”..

“Pesakit memanggil nama awak”, jawab jururawat tersebut.

Aku dan sanak saudara yang lain agak terkejut dengan perubahan ‘kritikal’ Waliq.
Perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik Waliq, aku memberi salam.
Segera mendapatkan Waliq, memeluk dan mengucupnya. Waliq tersenyum sambil air mata membasahi pipi.


Menggeletar suaranya mahu menyatakan sesuatu kepada aku tetapi Waliq tiada upaya. Dia memberi isyarat dengan meletakkan tangan di dadanya, kemudian membuat bentuk hati. Aku pasti Waliq ingin menyatakan dia sayang kami semua. Kemudian dia menadah tangan. Aku menjangkakan dia akan tetap mendoakan kami dan kami pun perlu mendoakannya. Reaksi Waliq yang terakhir agak mengejutkan aku.

“A…kak…jan..ji…a..kan…ja..ga Ummm..mi..a..dik..dikk..” suara Waliq terputus-putus. Waliq kelihatan menarik nafas panjang, penuh kesakitan. Aku mengajarkan Waliq mengucap dan segera mendapatkan jururawat. Kemudian, adik-adikku dan sanak saudara segera berlari mendapatkan Waliq.

“Waliq tak boleh pergi dulu, kami tak boleh hidup tanpa Waliq”, adik lelakiku bersuara.
Firdaus memujuknya. Aku terkulai layu. Memikirkan keadaan Ummi, aku buntu. Apa yang akan aku jawab nanti. Hanya satu doaku, moga Ummi sedarkan diri sebelum jenazah Waliq dikebumikan. Ummi pasti mahu mengucup suaminya yang tercinta.

“Abang ngah bawa la adik-adik balik dulu, biar akak yang tunggu Ummi dan jenazah Waliq. Nanti Abang Ngah tolong siapkan rumah ye. Soal pengebumian Waliq, Pak Ngah dan Atuk yang uruskan”, pujukku.
Firdaus menanti untuk menghantar mereka. Menemani Ummi, berada disisinya sepanjang malam. Doa tidak pernah putus.

“Ummi, akak tahu, Ummi boleh dengar. Allah lagi sayangkan Waliq, Ummi. Waliq pergi selamanya. Waliq ke siapa-siapa hanyalah pinjaman kan. Ummi kene tabah tahu. Akak akan kuat kalau Ummi kuat. Akak janji Ummi, akan ambil tanggungjawab Waliq. Ummi tidak perlu risau. Ummi berehat ye”, aku sudah kelu.

Tiba-tiba pipi Ummi basah. Aku pasti Ummi mengerti.

Pengebumiaan Waliq telah sudah berlalu tapi Ummi masih dalam keadaan koma. Salah satu amalan yang akan mengiringi seorang anak Adam adalah doa anak yang soleh. Pesanku buat adik-adik, jangan lupa doakan arwah Waliq dan kesejahteraan Ummi.

Kehidupanku berlalu sehari demi sehari tanpa Waliq dan Ummi disisi. Ianya terlalu sukar tapi pastinya ada hikmah, kerana Dia tahu ini yang terbaik buat kami. Aku memohon untuk ‘posting’ di bumi Kelantan jugak demi memudahkan urusan keluarga. Berbekalkan pertolongan sahabat lama Waliq, Alhamdulillah aku bertugas berhampiran dengan kampung halamanku, 20 minit dari kediaman kami. Rutin harianku, seperti seorang ibu tunggal. Memasak, mempersiapkan adik-adik ke sekolah, menanggung perbelanjaan adik lelaki di Universiti Malaya, menjenguk Ummi di hospital, mengajar dan mendidik anak bangsa di sekolah.

Dek kesibukan yang melanda, aku terlupa soal perkahwinan dengan Furqan Firdaus, lelaki yang warak lagi alim. Sudah 5 bulan kami bertunang.

Namun suatu malam aku bermimpi, Waliq datang berbicara denganku.
“Mardiah Sakinah, dirimu terlalu istimewa. Kau tidak pernah mengecewakan Waliq. Kau sanggup lakukan apa sahaja demi kami. Andai jodohmu di disini nak, yakinlah kau pastinya wildan di syurga kelak kerana kau bidadari itu”.

Aku terjaga dari mimpi. Segera berwuduk dan menunaikan qiammuilail. Aku yakin ia membawa suatu petanda. Satu keputusan telah aku putuskan.

Beberapa hari selepas kejadiaan itu, aku menceritakannya kepada ibu Firdaus sambil di dengari oleh ahli keluarganya, yang benar-benar mahu berbesan dengan Waliq dan Ummi. Alhamdulillah mereka menerima baik dan dengan hati yang penuh terbuka keputusan yang aku buat untuk memutuskan pertunangan kami dan seterusnya membatalkan segala perancangan kami.

Bulan demi bulan kami adik beradik lalui sebagai anak yatim yang separuh piatu, tibalah saat yang kami tunggu. Aku mendapat panggilan telefon dari pihak hospital bahawasanya Ummi telah sedarkan diri. Aku segera mendapatkan Ummi di hospital. Setelah beberapa hari mendapatkan rawatan lanjutan, Ummi dibenarkan pulang. Biar Ummi lumpuh tapi jiwanya tidak pernah lumpuh. Hidup kami kembali ceria, namun aku dikejutkan dengan satu berita oleh Ummi, Firdaus telah dijemput Illahi beberapa bulan yang lalu.

Ummi memberitahu, dia selalu menjenguk Ummi dan memberitahu yang dia sangat hormat dan kagum pada diriku. Pada hari terakhir dia bertemu dengan Ummi, dia menyatakan dia menghidap barah otak yang baru diketahuinya dan pada saat itu ianya telah di tahap kritikal. Ungkapan terakhir darinya,
“Ummi, mesti sejukkan mengandungkan anak seperti Sakinah. Biar kami tidak pernah menyintai satu sama lain, namun saya merasa saya adalah insan yang cukup bertuah kerana Allah memilih saya dalam jutaan lelaki untuk menjadi tunangnya suatu masa dahulu. Satu pesan saya, sampaikan salam saya buat dia kerana saya tak nak dia tahu soal kematian saya. Cukuplah kesedihan dan penderitaan yang dia tang
gung. Saya juga rasa cukup bertuah bertemu Ummi dan arwah Waliq, terima kasih dan Assalamualaikum”


Aku menangis mendengar ungkapan itu. Aku tidak pernah melayannya dengan baik. Kerana aku bimbang aku terjerat dalam percintaan. Aku tetap bersyukur atas segalanya. Pasti Kau mahu mengajarkan aku sesuatu ya Allah, Tuhan Maha Agung, Maha Kaya, Maha Kuasa.


Kisah Pemuda, Janda dan Dot Dot Dot

Kisah Pemuda, Janda dan Dot Dot Dot
Penulis : Pencari Cinta Hakiki

Aha~ Lama saya tidak menulis. Kalau diikutkan hati ingin sekali menulis setiap hari. Tapi apakan daya. Final exam baru sahaja selesai petang tadi. Terasa ingin menulis tapi tidak pasti nak berkisarkan pada apa. Sehinggalah saya teringat satu kisah yang pernah diceritakan housemate semasa tazkirah maghrib rumah kami. Moga bermanfaat...!

Kisahnya tentang seorang pemuda yang sangat miskin dan miskin...dan miskin. Kenapa saya ulang sampai TIGA kali? Teruskan membaca baru dapat feel betapa miskin nya pemuda ini. Kasihan!

Pemuda ini tidak mampu membeli makanan sehingga beberapa hari tidak makan. Dia tiada rumah dan menjadi ‘tetamu tetap’ di sebuah masjid di kampungnya kerana tempat tinggal nya memang di masjid. Oleh kerana kebanyakan masa hariannya di masjid, dia seringkali mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid itu; Kuliah, tazkirah, ceramah dan apa-apa sahaja majlis ilmu di sana. Itulah keistimewaan pemuda ini. Walaupun miskin dan kelaparan, menghadiri majlis ilmu adalah rutin hidupnya.

Suatu hari pemuda ini berasa sangat lapar. Sungguh kasihan kerana dia tidak mampu membeli apa-apa makanan. Hampir mati akal dia memikirkan bagaimana ingin mengisi perutnya kerana dia benar-benar kelaparan. Sehinggalah terdetik di dalam hati...
“Urm, bagaimana jika aku menyelinap masuk ke rumah orang-orang kampung dan mencuri makanan mereka?. Aduh! aku merasakan benar-benar dalam keadaan darurat. Mungkin dalam keadaan darurat begini menjadi keringanan buatku untuk mencuri”, pujuk hatinya ketika risau jika ia dalam keadaan berdosa.

Pemuda miskin ini nekad. Ditunggunya sampai hari semakin gelap dan dia mula bergerak perlahan-lahan ke sekitar kampung. Dipanjatnya dari bumbung ke bumbung yang lain demi mencari sesuap dua makanan. Akhirnya, setelah berusaha memanjat, sampailah dia ke sebuah rumah. Gelap. Sunyi.
“Ah, sudah tentu penghuninya tiada sekarang. Baik aku masuk!”

Dia pun dengan segera menyelinap masuk dengan harapan tekaannya benar. Ya, dia memang benar kerana sungguh rumah tersebut tidak berpenghuni buat sementara waktu. Berbekalkan kesamaran cahaya dari celahan tingkap, pemuda ini menuju ke dapur dan terlihat sebuah periuk. Ketika membuka tudung periuk itu, dia terkejut.

Sebiji TERUNG! Itu sahaja yang dijumpainya. Pemuda itu lantas mengambil terung tadi dan mula menggigitnya kerana benar-benar kelaparan walaupun ia hanya sebiji terung. Setelah sekali menggigit, tiba-tiba dia tersentak.
“Ya Allah! Apakah yang aku sedang lakukan. Malu aku pada-Mu Tuhan! Mana mungkin aku mencuri harta orang lain sedangkan aku adalah orang yang yang menjadi tetamu di masjid, menjadi tetamu dalam majlis-majlis agama. Tidak sepatutnya aku bertindak sebegini. Aku takut akan-Mu wahai Tuhan yang melihat segala tindak tandukku. Ampuni aku, aku amat takut akan balasan-Mu”

Sepantas kilat dia meletakkan semula terung yang telah selamat digigitnya sekali dan menyelinap keluar, hilang dalam kegelapan.

Esoknya...

Penduduk kampung mulai keluar masjid setelah tamatnya kuliah pada petang itu. Hanya beberapa orang yang masih di dalam masjid membaca Al-Quran. Seorang wanita masih berdiri di perkarangan dalam masjid dalam keadaan yang resah. Wanita tersebut pantas mendekati tok imam yang telah memberikan pengisian petang itu.

“Tok Imam, tolong bantu saya. Saya benar-benar buntu...”, rayu wanita itu.

“Ya Allah, kenapa dengan kau wahai anakku. Ceritakanlah...jika aku boleh membantu, InsyaAllah aku akan membantumu.”

“Aku ini seorang janda. Suamiku telah meninggal dunia”, esakan mulai kedengaran. “Beberapa hari lepas, aku telah diganggu oleh pemuda-pemuda kampung ini dan sungguh aku merasakan tidak selamat dan terasa terancam.”

Tok Imam itu terdiam. Kerutan jelas di dahinya.

“Aku...Aku ingin tok imam membantuku mencarikan seorang suami untukku kerana aku tidak ingin lagi terus diganggu oleh pemuda-pemuda di sini”, ujarnya.

“Apa benar kau ingin ku membantu mu?” tanya imam tua tersebut. Wanita tersebut mengangguk.
Imam tua itu merenung ke sekeliling masjid. Lantas matanya terpaku pada pemuda miskin yang sedang bersandar di tepi tiang.

“Wahai pemuda, mahukah kamu ke mari?”. Perlahan-lahan pemuda itu melangkah mendekati Tok Imam dan wanita tersebut.

“Sudikah kau mengahwini wanita ini?” pantas imam tua itu menyoal.

“Ya Allah, adakah ini hanya khayalanku? Aku ingin berkahwin, tapi percayalah, untuk membeli sebuku roti pun aku tidak mampu, apatah lagi untuk menanggung orang lain!”, jujur pemuda itu menjawab.

“Usah khuatir wahai pemuda. Aku tidak perlukan harta mu. Aku sudah ada rumah yang arwah suamiku tinggalkan untukku. Aku tidak memerlukan hartamu. Aku hanya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga dan melindungiku dari ancaman luar” balas wanita tersebut.


Diam. Lama pemuda itu berfikir. Dia kemudian mengangguk perlahan. Setelah bernikah disaksikan beberapa tetamu masjid, tok imam itu berkata;
“Sekarang pulanglah kamu bersama suami mu ini. Semoga pernikahan ini mendapat keberkatan-Nya dan dapat menyelamatkan kamu daripada gangguan orang”.

Setibanya di rumah, wanita itu terus bertanya kepada pemuda miskin yang telah selamat menjadi suaminya.
“Adakah kau ingin makan? Aku akan menyiapkannya untuk mu, wahai suamiku”. Pemuda itu hanya mengangguk. Dalam fikirannya sekarang bukan tertumpu pada makanan (walaupun pada hakikatnya ia memang kelaparan) tetapi rumah wanita tersebut. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah dia pernah berada di situ sebelumnya.

“Kenapa aku seperti mengenali rumah ini?”, soalnya dalam hati sambil berkerut. Oh tidak! Jangan-jangan...

“Silalah makan dahulu”, kata si wanita sambil menghidangkan sesuatu.

“Ya Allah...adakah aku bermimpi? Ini adalah terung yang telah ku gigit semalam. Ya Allah..apakah tandanya ini?"

“Maaf wahai suamiku. Aku hanya ada terung ini yang sempat ku rebus semalam. Aku terkejut kerana ia telah digigit. Pelik, siapa yang telah mengigitnya sedangkan tiada sesiapa di rumah ini sewaktu ku keluar?”, jelas wanita itu dalam kesayuan kerana tidak mampu menghidangkan yang terbaik untuk suaminya.

Wahai isteriku. Mahukah kau mendengar suatu kisah? Se..sebenarnya aku lah yang telah menyelinap masuk ke rumah mu semalam dan menggigit terung ini”, akui pemuda itu ikhlas. Berubah wajah wanita itu.

“Maafkan aku. Semalam, aku sangat kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan dan aku tidak mampu untuk membeli apapun. Aku bertekad untuk mencuri makanan di luar. Ku fikir aku benar-benar dalam keadaan darurat. Namun, setelah selamat mengigitnya sekali, aku merasa benar-benar tersedar dan merasakan sangat takut kepada Allah yang menjadi saksi perbuatanku. Aku malu...aku takut akan azabnya atas kelalaianku. Maafkan aku!”, ujar pemuda itu sambil tertunduk menangis.

“Tidak mengapa suamiku. Aku sudah memaafkan mu. Akan tetapi ketahuilah bahawa aku benar-benar cemburu akan mu. Tahukah kau mengapa?”, soalnya. Pemuda itu berhenti menangis lalu merenung isterinya.

“...kerana sifat TAQWA mu! kerana takutkan Allah, kau berhenti daripada terus melakukan dosa dan berterus-terang padaku. Sekarang, tidakkah kau sedar? kerana sifat TAQWA yang ada pada dirimu itu, Allah membalasnya semula bukan hanya dengan terung yang telah kau gigit semalam, tapi seluruh isi dalam rumah ini termasuk diriku kepada mu, telah menjadi milikmu secara halal. Tidak perlu lagi kau mencuri. Semuanya telah Allah hadiahkan semula kepadamu kerana KETAQWAAN mu itu”, ujar wanita itu sambil tersenyum. Pemuda miskin itu cepat-cepat bersujud tanda mensyukuri hadiah Allah kepadanya.

Jika pembaca dapat menilai kembali kisah ini daripada asal, apakah ‘main point’ yang saya ingin sampaikan? Ia adalah tentang TAQWA.


Kerana takutkan Allah, pemuda itu telah meninggalkan semula terung yang digigitnya ke tempat asal. Dia malu kepada Allah, dan dia benar-benar takut Allah akan menghukumnya. Kerana TAQWA yang ada padanya, Allah membalasnya semula bukan sahaja terung yang selamat digigitnya tanpa izin, tetapi termasuk tuan empunya rumah dan isi rumah tersebut kepadanya. Semuanya secara HALAL tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Akan tetapi bukan harta dunia yang dikejar, tetapi rasa takut yang berterusan kepada Tuhan yang Maha Melihat, yang Maha Mengetahui dan yang Maha Pengasih, dalam melakukan sesuatu walaupun ia hanya sekecil-kecil hal (Dalam kisah ini: mencuri sebahagian kecil terung!). Sesungguhnya beruntung bagi orang-orang yang bertakwa kerana kasih sayang Allah yang berlipat ganda bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

Firman Allah dan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan” [al-Hasyr: 18]

Kemudian Allah sambung lagi dalam surah yang sama, ayat seterusnya;

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehinggalah Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik” [al-Hasyr: 19].

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Ahmad, At-Tirmidzi).


dan banyak lagi firman Allah dalan Al-Quran tentang Taqwa. Marilah berusaha menjadi orang-orang yang bertakwa demi menggapai redha Nya dalam setiap inci pun yang kita lakukan. Kita masih lagi ada masa.

Oh ya! Sebenarnya space yang sengaja saya tulis ‘dot-dot-dot’ pada tajuk di atas adalah sebenarnya:
“Kisah Pemuda, Janda dan TAQWA”.

Moga kisah ini bermanfaat untuk semua termasuk diri saya. InsyaAllah (^^).


Thursday, November 11, 2010

Selayak Namamu, Akulah Syuhada'

SELAYAK NAMAMU, AKULAH SYUHADA’

Penulis: Shauqah zahrah


Aku mendongak ke langit.

"Allah...."Airmata laju mengalir. Kalimah itu buat hati aku cukup sebak.

"Aku tiada tempat lain untuk mengadu melainkan Kau, Allah"
siapalah yang bisa meneka.

pahitnya mencari kasih sayang insan dicelah cinta Tuhan..

pilihan yang ada hanya dua, kasih dan sayang manusia atau cinta dan redha Allah.

"Engkau, tak perlu jadi baik sangat, boleh?" teman rapat aku mula berkata tak senang.
"Aku lagi suka tengok kau biasa-biasa, takyah lah lebih-lebih sangat..nak alim pun, sederhana je lah, dah cukup. Rasulullah pun suka orang yang besederhana" Ain menambah.

Pahitnya rasa bagai ditusuk sembilu.

"Betullah. Kau dah tak banyak cakap ngan kitorang, aku tahulah kitorang ni tak baik macam kakak-kakak dalam usrah yang kau join tu" Adi yang pendiam turut meluah rasa.

"Kau tahu, Syahid pun kecil hati dengan kau, dia kata kau jauhkan diri dari dia, kau kenapa?" Si kecil, Kamil juga mengomel.

Dua tahun dahulu


Sejak kematian nenek kesayangan, satu-satunya insan yang aku ada didalam dunia ini 2tahun dulu, aku sedar tiada kenyataan sebenar dalam hidup ni melainkan akhirnya adalah kematian.

Sebaik sahaja aku mendapat tahu kematian nenek, aku terduduk menangis semahu-mahunya di dalam surau yang kebetulan berada disebelah pondok telefon.

"Assalamualaikum, nah" insan itu menghulur al mathurat kepada aku. Mukanya cukup resah mendengar esak tangis aku yang seolah-olah bergema di seluruh surau.
Aku ambil, aku buka dan aku baca dalam esak tangis.

Si dia mengambil tempat di hujung pintu surau. Sesekali dia melihat aku. Lukisan esah di kanvas mukanya tampak jelas.

setelah 2jam, esak tangis aku makin perlahan, aku bersandar di dinding, terlentok, lena dalam kepenatan.

Aku bangun dikejutkan oleh seorang wanita.
"Ayuh, solat nak..maghrib dah masuk" makcik itu tersenyum

Di hadapan ku, ada sehelai sejadah, telekung, Quraan dan juga sehelai kertas.


Carilah cinta Allah, moga hatimu tenang.
Syahid


Aku ambil wudu', aku solat, aku menangis semahu-mahunya saat al quraan itu aku baca.
hujung telekung ku basah dengan air mata, tulisan Quraan yang diberi oleh insan tadi itu pun dah kembang tulisannya.

Tapi hati ku cukup tenang. selesai solat isyak, aku melangkah keluar surau.
"Assalamualaikum" aku menoleh dan tertunduk malu.

"Waalaikumsalam, thanks untuk mathurat tadi" dengan mata bengkak macamni tak mungkin aku nak menghadap wajah si mamat yang dari petang tadi melihat aku berlari, terduduk, menangis sampailah aku tertidur!

"Awak ok?" nada resah dia tak hilang-hilang.

"Erm,ok insha Allah, doakan saya ok" mataku melilau mencari selipar.

"Ok, saya doakan insha Allah. telekung, sejadah dan quraan tu, saya yang minta makcik Mah letak kat depan awak masa awak tidur tadi..simpanlah, arwah mak saya punya. dah takde orang nak guna"
"Ni selipar awakkan? nah." dia menolak selipar ku dengan kakinya.

Erk, aku silap dengar ke ape? aku tengok muka dia. dia senyum.

"Arwah? mak awak.."

"Yup, ibu meninggal semalam, dia ada kanser" dia memotong laju, tapi cukup tenang.

"Awak tak sedih?" aku bertanya soalan paling bodoh, aku kira.
"Allah kan ada, saya minta diri dulu, awak jaga diri, Allah selalu ada untuk kita, insha Allah" dia senyum dan berlalu pergi.

Kini.


dialah insannya, yang menyelamatkan aku dari masalah.
dialah yang menenangkan aku saat aku terhumban dengan kesedihan
dialah insannya, yang mendekatkan aku dengan kalimah Allah.
masa terus berlalu,

dialah yang membuat aku tersenyum saban hari.
takpernah satu hari berlalu tanpa mesej dari dia.
takpernah satu perkara yang aku lakukan terlepas dari pandangan dia.
saat aku sedih aku gembira, dia selalu ada, bertanya berita.

sehingga satu saat, aku rasa cinta pada insan melebihi cinta pada Allah.
aku rindu susuk mujahid, yang membawa aku pada cinta Allah saat aku terhimpit dengan urusan dan masalah dunia satu ketika dahulu.

Aku ternanti insan dulu, yang membawa aku kepada redha dan kasih Allah saat airmata berjurai laju satu saat dahulu.

Aku baru sedar.
Antara kita masih tidak ada ikatan halal. kita lalai dan leka bahana kerja syaitan dan angkara liarnya nafsu. Kita merasakan tiada apa-apa padahal kita kerap membelakangkan perkara yang lebih tunjang dan lebih utama.

Kita masih jauh dari hakikat sebenar tujuan hidup. Mencari redha Allah, mencari cinta Allah. Menjadi hamba Allah yang paling baik, menjadi khalifah Allah di muka bumi ciptaannya.

Apapun yakinlah antara kita ada ikatan janji. Aku pegang janji ini. selagi al quraan yang kau beri ini aku baca, selagi telekung dan sejadah ini aku guna untuk solat harianku, yakinlah aku akan menggenggam janji kita.
Peliharalah ikatan cinta kita dengan Allah,
dan aku serah pada Allah untuk jaga ikatan janji ini.

Aku tak sekuat kamu.
Aku perlu membuat pilihan antara kasih yang tidak halal atau Cinta Teragung.

lalu, aku tekad.

Allah pilihanku.



Aku tahu kau sedih saat aku memilih untuk tidak lagi berhubung dengan kamu, hati aku juga sayu, tapi aku mahu jadi Syuhada' selayaknya namamu, Syahid. Izinkan aku untuk mujahadah dengan cinta ini, agar kita sama-sama berusaha meletak cinta Allah cinta yang tertinggi.

Aku layangkan semula cebisan helaian ini untuk kamu

Carilah cinta Allah, moga hatimu tenang
Syahid


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah. Al Baqarah:216)



Sunday, November 7, 2010

Kuliah Umum Online : Formula Kejayaan Mahasiswa Muslim

KULIAH UMUM ONLINE : FORMULA KEJAYAAN MAHASISWA MUSLIM



Hari-hari kita akan mendengar seruan حي على الفلاح yang membawa maksud "Marilah Menuju Kejayaan".

Kita diseru untuk menuju ke arah kejayaan. Apa erti kejayaan yang sebenar kepada diri kita?

Sebelum itu, tanyakan pada diri, "Siapa aku?" Aku lah seorang Muslim! Langsung, apakah kejayaan yang sebenar bagi diriku, terutama ketika bergelar seorang mahasiswa?

Apa bezanya kejayaan seorang mahasiswa Muslim dengan yang tidak Muslim? Pasti ada beza! Kerana, seorang Muslim itu, hidupnya, ibadahnya, matinya adalah kerana Allah Ta'ala.

Tatkala ramai yang sedang menghadapi peperiksaan ketika ini, mari luangkan masa minggu anda dengan mendengar satu kuliah online yang bertajuk, "Formula Kejayaan Mahasiswa Muslim".

Siapa tahu, satu hari nanti, formula ini mampu menjadikan diri anda seorang mahasiswa Muslim yang berjaya!


Tajuk : Formula Kejayaan Mahasiswa Muslim
Hari & Tarikh : Sabtu, 13 November 2010
Masa : 8 malam (Melbourne)
10 malam (New Zealand)
5 petang (Malaysia)
Medium : Paltalk (sila add: intelek_anz)
Penceramah : Saudara Muhammad Rasyidul Amin Muhammad Rapingi
* Pelajar tahun-2 Perakaunan, Monash University Melbourne
* Bendahari Monash Caulfield Islamic Society 2010/11(sekarang)
* Timbalan Bendahari EHSAN Victoria 2009/10
* MASCA Malaysian Annual Debate dan Malaysian Aspiration Programme Committee 2010
* Timbalan Presiden Professional Student Society, Intec 2007/08




Tuesday, November 2, 2010

PERGH : Perkongsian Dari Jauh!

PERGH : Perkongsian Dari Jauh!




Kali ini iluvANZ mengimport bahan jauh di benua sana. Beza masanya dengan New Zealand, lebih kurang 12jam! Alhamdulillah, dengan kemudahan internet perkongsian ilmu yang diadakan di sana mampu dikongsi dengan sahabat-sahabat di Australia dan New Zealand.

PERGH (Professional Muslims Retreat in Great Britain), anjuran MMCL (Malaysian Muslim Community London), dengan kerjasama ILuvWarwick dan Southampton Malaysian Association

Disini diserta perkongsian daripada Firdouse Mohd, salah seorang peserta PERGH.

Ape yang menarik perhatian saye dalam PERGH adisi 1 yg diadakan di Imperial College London ialah di segmen yang terakhir iaitu islam pasti menang. Antara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana peranan kita sebagai Muslim untuk berjuang untuk Islam dan apakah langkah-langkah yang wajar kita ambil untuk bersama-sama berjuang untuk islam. Definasi berjuang bukan untuk mengadakan rusuhan atau berperang atau bertelingkah. Berjuang bermaksud usaha untuk memabangunkan dan menyebarkan Islam dan membantu sahabat-sahabat kita dalam memeahami Islam dan seterusnya IsnyaAllah dapat melahirkan Muslim yang profesional.

STEP 1:

Taubat nasuha (Proses Kembali kepada Allah)
-tiada manusia yang sempurna
-jangan pernak rasa putus asa dengan sifat pemurah Allah
-pintu taubat sentiasa terbuka
-Taubat masih diterima walau berkali-kali dosa yang sama diulang.
-Orang yang berdosa pun mampu/layak menegakkan Islam dan berjuang untuk Islam
-make sure taubat 100% (NO TURNING BACK!!!)

STEP 2:

Togetherness ( Kebersamaan)
-Solat berjemaah
-sedekah
-berkongsi idea dan membantu yang lemah
-(kebersatuan+kesepakatan)= kekuatan

- Rasulullah S.A.W berjuang dengan cara berjemaah dan bukan bersendirian. Ini bermakna Rasulullah menggalakkan kita umatnya melakukan kerja dalam jemaah dan bukan sendirian.

“Jemaah, kumpulan yang mungkin lemah, tapi dibantu oleh Allah, tapi yang bercerai-berai, mereka akan menghadapi kekalahan disebabkan tikan dari belakang, perselisihan faham danj sebagainya”

Islam adalah sebuah agama yang mulia yang murni. Perjuangan harus dilakukan bersama-sama dalam hanya satu jemaah dan bukan berpecah-belah. mengapa harus berpecah-belah sedangkan motif dakwah dan konsep ajaran Islam hanya berpandukan sumber yang sama iaitu Al-Quran dan Hadith? Fikir-fikirkanlah.

STEP 3:

Knowledge
-Jika kita rasa diri kita kurang ilmu, kita kene upgrade Ilmu kita.
dengan membaca, mengkaji, menyelidik dan berkongsio idea dan bertanyakan soalan pada pihak yang lebih mengetahui.
-sentiasa upgrade iman, ilmu dan beramal dengan ilmu.
-jika kita banyak ilmu jangan simpan seorang diri, kita dituntut untuk berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain.
-sentiasa mantapkan pengetahuan agar mampu berhujjah dengan musuh-musuh Islam dan sewaktu dengannya.

STEP 4:

Bersungguh-sungguh (ITQAN)
-kita kene series dalam menegakkan Islam dan dalam memperjuangkan Islam. Kita kene sentiasa menanamkan tekad dalam diri untuk membangunkan Islam.
-Istiqamah dalam usaha.

STEP 5:

MUHASABAH
-apa yang telah kita buat hari ini untuk Islam
-berapa banyak dosa dan pahala yang kita lakukan hari ini
-bagaimanakah keadaan Umat Islam hari ini
-fikir tentang ciptaan Allah dan mengapa Allah melakukan sesuatu.
-fikir tentang kematian dan tujuan hidup kita dalam dunia yng sementara ini.

Pesanan:

Wahai sahabat sekalian, janganlah kita pernah lupa tentang tujuan hidup kita di dunia ini kerana Allah yang menhidupkan kita dan kepada Allah jua kita akan kembali. Hidup di dunia hanya semantara, akhirat jualah tempat yang kekal abadi. Dunia yang kita pinjam ini hanyalah medan ujian kita sebagai hamba Allah. Dalam mengharungi hari demi hari, pasti kita diuji dengan pelbagai ujian dan godaan. Namun selagi mana kita sentiasa berpegang pada Tali Allah dan Al-Quran dan Hadith, Insya Allah kita selamat di dunia mahupun di akhirat. TAKBIR!!!
Disertakan juga rakaman kepada program yang manTOP ini.

DAPATKAN AUDIO RAKAMAN DISINI.

Selamat Mendengar dan Beramal!


Friday, October 29, 2010

Laporan Kuliah Fiqh Wanita 3


Laporan Kuliah Fiqh Wanita 3




Penceramah : Dr. Nur 'Aini binti Eddy Warman
Tajuk : Puasa
Tarikh : 16 Oktober 2010
Masa : 6am – 7.30am (waktu Malaysia)
Bil. Pendengar : 14 orang
Masalah teknikal : Tiada


Isi-isi kuliah:
1. Dalil pensyariatan:
- Al-Baqarah: 185
- Syaaban, tahun 2 Hijrah
2. Hikmah-hikmah berpuasa
- Antaranya:
• Merehatkan perut
• Menghapuskan dosa-dosa kecil
• Menunjukkan islam sebagai agama yang sederhana – tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat – Pelajar sekolah rendah juga mampu berpuasa
• Separuh daripada kesabaran
3. Golongan yang boleh meninggalkan puasa
- Antaranya:
• Sakit perut yang serius
• Sakit kepala yang serius
• Musafir – jika musafir itu layak mengqasarkan solat, maka dia juga layak meninggalkan puasa
• Tersangat lapar dan dahaga – menyebabkan diri menjadi lemah
4. Golongan yang wajib qada’
- Antaranya:
• Orang sakit yang ada harapan sembuh
• Orang yang sengaja meninggalkan niat puasa
• Orang yang bermusafir
5. Puasa : Waktu yang haram, sunat dan makruh
- Antaranya:
• Haram : Aidilfitri, Aidiladha, Hari Tasyrik, Hari Syak
• Sunat: Puasa 6 hari di bulan Syawal, Isnin dan Khamis, 28-30 di setiap bulan Islam
• Makruh : Terus-menerus sepanjang tahun
6. Permasalahan berkaitan puasa
- Jika mahu berpuasa sunat, seorang isteri perlu meminta izin kepada suaminya dahulu
- Berbekam dan bersiwak tidak membatalkan puasa
- Tidak batal puasa jika seseorang itu masih dalam junub walaupun sudah masuk waktu Subuh

Ini hanyalah sedikit kupasan daripada keseluruhan sesi kuliah. Jika mahu mendengar kupasan penuh penceramah yang nyatanya dilengkapi dengan dalil-dalil berdasarkan al-quran dan hadis, anda dialu-alukan untuk mendengar rakaman kuliah di bawah.





Thursday, October 28, 2010

DAPAT 'RESULT'?, KECEWA SANGAT!

DAPAT 'RESULT'?, KECEWA SANGAT!

Penulis: Daie Global


“ Ni je kau dapat?, bukan ke kau buat awal lagi?”, tanya seorang sahabat saya bila melihat keputusan untuk ‘assignment’ terbaru.

“Tengok aku ni, buat lambat pun ‘result’ gempak”, sambungnya dengan bangga.

Aku hanya tersenyum tapi hati kecil ini bersuara. “ Usuh pedulikan kata-katanya dan jangan ‘give up’”

Inilah kita. Inilah hakikat sebuah kehidupan. Kita memandang pada hasil bukan pada usaha. Sedangkan dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.

Sudah terang lagi nyata akan sesungguhnya betapa pentingnya usaha itu.

Sungguhpun begitu, dalam surah Al Baqarah, pada ayat ke-216, Allah SWT berfirman, “Tetapi boleh jadi kamu

tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu”. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawasanya tidak semua impian yang kita rasa menggembirakan kita adalah baik untuk kita.

Lumrah manusia sukakan bahagia, kejayaan, kecantikan tetapi kita tidak tahu aturan Sang Pencipta yang Maha Mengetahui. Oleh yang demikian, kita disuruh untuk bersabar terhadap apa jua perkara yang berlaku kepada diri kita.

“Maka bersabarlah engkau (Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau seperti (Yunus) orang yang berada dalam (perut) ikan ketika dia berdoa dengan hati sedih.” (Al Qalam: ayat 48)

Ayuh kita renungkan sejenak, bila mana kita mendapat seusatu yang tidak kita suka

i, atau seperti yang terjadi pada saya, apakan pengajaran yang Allah hendak anugerahkan kepada kita semua? Adakah ianya sesuatu yang sia-sia? Ataupun, adakah ianya tanda kasih sayang-Nya kepada kita? Terpulanglah kepada kita untuk mendefinisikan erti ‘sebuah ujian’.

Ujian itu sebagai hadiah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, ataupun ujian itu sebagai tanda Dia ‘bencikan’ kita.

Namun, ingatlah akan ayat-ayat cinta Allah dalam surah Fussilat;

“Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya” (41:49)

“Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa” (41:51)

Lihatlah dengan mata hati, betapa sebenarnya kita manusia yang tidak bersyukur. Kita manusia yang lupa asal usul. Bila kita gembira, kita lupakan Dia, tapi bila kita sedih baru kita mencari Dia. Setiap amalan kita, kita mengharapkan ganjaran dunia yang boleh dilihat dengan mata kasar. Bagaimana dengan ganjaran akhirat yang akan kita bawa menuju sebuah penghidupan yang abadi?

Mendatabbur kalimah cinta-Nya dan merenung kembali kisah saya, juga kisah mana-mana mahasiswa, mahasisiwi, mahupun seluruh ummat manusia mengajak kita untuk melihat sesuatu dengan mata hati bukan akal semata.

Andai kita rasa rebah di pertengahan perjalanan dek lemah menghadapi ujian, marilah kita bangkit, kita bina azam baru kerana Dia, Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Renunglah ayat-ayat ini:

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.” (Ali-Imran:139).

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang dikerjakannya.” (Al Baqarah:286)

Sedarlah wahai pemuda pemudi, wahai muslimin muslimat, setiap musibah yang menimpa mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Sedarkah atau tidak wahai saudara saudari, kerana Dia rindukan suara hamba-hambaNYA, Dia ingin kita menjahit sejadah iman yang mula robek, Dia menyediakan peluang untuk kita bermunajat kepadaNYA dan Dia menyediakan ‘makanan rohani’ untuk diisi dalam ‘bekalan’ yang akan kita bahawa bila bertemu denganNYA. Sebab itu kita yang menjadi antara insan yang terpilih dalam jutaan ummat untuk menghadapi ujian ini.