Penulis: Shauqah zahrah
Aku mendongak ke langit.
"Allah...."Airmata laju mengalir. Kalimah itu buat hati aku cukup sebak.
"Aku tiada tempat lain untuk mengadu melainkan Kau, Allah"
siapalah yang bisa meneka.
pahitnya mencari kasih sayang insan dicelah cinta Tuhan..
pilihan yang ada hanya dua, kasih dan sayang manusia atau cinta dan redha Allah.
"Engkau, tak perlu jadi baik sangat, boleh?" teman rapat aku mula berkata tak senang.
"Aku lagi suka tengok kau biasa-biasa, takyah lah lebih-lebih sangat..nak alim pun, sederhana je lah, dah cukup. Rasulullah pun suka orang yang besederhana" Ain menambah.
Pahitnya rasa bagai ditusuk sembilu.
"Betullah. Kau dah tak banyak cakap ngan kitorang, aku tahulah kitorang ni tak baik macam kakak-kakak dalam usrah yang kau join tu" Adi yang pendiam turut meluah rasa.
"Kau tahu, Syahid pun kecil hati dengan kau, dia kata kau jauhkan diri dari dia, kau kenapa?" Si kecil, Kamil juga mengomel.
Dua tahun dahulu
Sebaik sahaja aku mendapat tahu kematian nenek, aku terduduk menangis semahu-mahunya di dalam surau yang kebetulan berada disebelah pondok telefon.
"Assalamualaikum, nah" insan itu menghulur al mathurat kepada aku. Mukanya cukup resah mendengar esak tangis aku yang seolah-olah bergema di seluruh surau.
Aku ambil, aku buka dan aku baca dalam esak tangis.
Si dia mengambil tempat di hujung pintu surau. Sesekali dia melihat aku. Lukisan esah di kanvas mukanya tampak jelas.
setelah 2jam, esak tangis aku makin perlahan, aku bersandar di dinding, terlentok, lena dalam kepenatan.
Aku bangun dikejutkan oleh seorang wanita.
"Ayuh, solat nak..maghrib dah masuk" makcik itu tersenyum
Di hadapan ku, ada sehelai sejadah, telekung, Quraan dan juga sehelai kertas.
Syahid
Aku ambil wudu', aku solat, aku menangis semahu-mahunya saat al quraan itu aku baca.
hujung telekung ku basah dengan air mata, tulisan Quraan yang diberi oleh insan tadi itu pun dah kembang tulisannya.
Tapi hati ku cukup tenang. selesai solat isyak, aku melangkah keluar surau.
"Assalamualaikum" aku menoleh dan tertunduk malu.
"Waalaikumsalam, thanks untuk mathurat tadi" dengan mata bengkak macamni tak mungkin aku nak menghadap wajah si mamat yang dari petang tadi melihat aku berlari, terduduk, menangis sampailah aku tertidur!
"Awak ok?" nada resah dia tak hilang-hilang.
"Erm,ok insha Allah, doakan saya ok" mataku melilau mencari selipar.
"Ok, saya doakan insha Allah. telekung, sejadah dan quraan tu, saya yang minta makcik Mah letak kat depan awak masa awak tidur tadi..simpanlah, arwah mak saya punya. dah takde orang nak guna"
"Ni selipar awakkan? nah." dia menolak selipar ku dengan kakinya.
Erk, aku silap dengar ke ape? aku tengok muka dia. dia senyum.
"Arwah? mak awak.."
"Yup, ibu meninggal semalam, dia ada kanser" dia memotong laju, tapi cukup tenang.
"Awak tak sedih?" aku bertanya soalan paling bodoh, aku kira.
"Allah kan ada, saya minta diri dulu, awak jaga diri, Allah selalu ada untuk kita, insha Allah" dia senyum dan berlalu pergi.
Kini.
dialah insannya, yang menyelamatkan aku dari masalah.
dialah yang menenangkan aku saat aku terhumban dengan kesedihan
dialah insannya, yang mendekatkan aku dengan kalimah Allah.
masa terus berlalu,
dialah yang membuat aku tersenyum saban hari.
takpernah satu hari berlalu tanpa mesej dari dia.
takpernah satu perkara yang aku lakukan terlepas dari pandangan dia.
saat aku sedih aku gembira, dia selalu ada, bertanya berita.
sehingga satu saat, aku rasa cinta pada insan melebihi cinta pada Allah.
aku rindu susuk mujahid, yang membawa aku pada cinta Allah saat aku terhimpit dengan urusan dan masalah dunia satu ketika dahulu.
Aku ternanti insan dulu, yang membawa aku kepada redha dan kasih Allah saat airmata berjurai laju satu saat dahulu.
Aku baru sedar.
Antara kita masih tidak ada ikatan halal. kita lalai dan leka bahana kerja syaitan dan angkara liarnya nafsu. Kita merasakan tiada apa-apa padahal kita kerap membelakangkan perkara yang lebih tunjang dan lebih utama.
Kita masih jauh dari hakikat sebenar tujuan hidup. Mencari redha Allah, mencari cinta Allah. Menjadi hamba Allah yang paling baik, menjadi khalifah Allah di muka bumi ciptaannya.
Apapun yakinlah antara kita ada ikatan janji. Aku pegang janji ini. selagi al quraan yang kau beri ini aku baca, selagi telekung dan sejadah ini aku guna untuk solat harianku, yakinlah aku akan menggenggam janji kita.
Peliharalah ikatan cinta kita dengan Allah,
dan aku serah pada Allah untuk jaga ikatan janji ini.
Aku tak sekuat kamu.
Aku perlu membuat pilihan antara kasih yang tidak halal atau Cinta Teragung.
lalu, aku tekad.
Allah pilihanku.
Aku tahu kau sedih saat aku memilih untuk tidak lagi berhubung dengan kamu, hati aku juga sayu, tapi aku mahu jadi Syuhada' selayaknya namamu, Syahid. Izinkan aku untuk mujahadah dengan cinta ini, agar kita sama-sama berusaha meletak cinta Allah cinta yang tertinggi.
Aku layangkan semula cebisan helaian ini untuk kamu
Carilah cinta Allah, moga hatimu tenang
Syahid
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah. Al Baqarah:216)
No comments:
Post a Comment