Sunday, September 5, 2010

Cinta Mahmudah atau Cinta Mazmumah?

penulis : Hannah Rafiqi


Ada Apa dengan Cinta?

Menurut As-syabil, cinta itu dinamakan cinta kerana ia menghapuskan segalanya daripada hati melainkan kekasihnya. (Risalah al-Qushairi). Namun, di sana beribu definisi cinta yang semuanya dipersembahkan melalui perspektif yang berbeza. Apa yang pasti, tidak semua cinta itu boleh dianggap sebagai mahmudah.

Cinta, ia boleh dituntut bahkan ditegah, maka berhati-hatilah mencari cinta dan mencintai cinta.

Cinta Mahmudah

Antara perkara yang dicintai Rasulullah adalah :

  • Mengerjakan ibadah
  • Membaca, mendengar serta menghayati Al-Quran
  • Orang yang berselawat kepada baginda
  • Penampilan yang berbeza dengan orang musyrik.

Doa yang pernah rasulullah baca perihal cinta:

اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه فى قلوبنا وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان

Allahumma habbib ilainal-iimaan wa zayyinhu fii quluubinaa, wa karrih ilainal-kufra wal-fusuuqa wal-‘ishyaan

Maksudnya: "Ya Allah, tanamkanlah kecintaan(dalam diri kami) kepada keimanan dan hiasilah hati kami dengan keimanan. Jadikanlah hati kami benci kepada kekufuran, kefasiqan dan maksiat."

Cinta Mazmumah

Bukan semua cinta yang dipuja itu membawa kepada manafaat, kebanyakannya membawa keburukan kerana cinta itu didorong oleh telunjuk syaitan durjana bukan telunjuk agama. Couple, tidak kisahlah cinta i dan u, atau cinta anta-anti, semuanya terdorong oleh kelicikan tipu daya syaitan. Jika syaitan yang memandu cinta yang didamba manusia, maka cinta itu akan terarah kepada dunia dan isinya. Apakah cinta fatamorgana yang dikejar?

Ahli maksiat pula jika sudah terbiasa melakukan maksiat akan berasa manisnya maksiat yang diciptanya. Sehingga merasakan cinta kepada maksiatnya, naudzubillah! Berhati-hatilah kita dengan tipu daya syaitan, pantas sekali dia memperdaya kita untuk mencari murka dan benciNya.

Cintailah..

Cinta itu memang indah, maka cintailah cinta. Namun cinta itu ada yang kecil dan murah ada pula yang besar dan mahal. Cintailah cintaNya, itulah cinta yang suci lagi murni, hanya Dialah yang terlayak untuk dicintai kita selaku hambaNya.

Rujukan : Solusi Isu # 23

No comments:

Post a Comment