Wednesday, September 22, 2010

Allah Tempat Mengadu

Allah Tempat Mengadu
penulis: aura islam

Bismillahirrahmanirrahim

“Exam hari ni susah
gila kot. Dalam masa sejam kena jawab empat case study, mana sempat, dengan nak fikir drug interaction for a list of medication, kalau nak hentam pun kene jugak fikir yang logik punya, last-last habis
semua dah tinggal tak dijawab.Habislah result exam aku kali ni. Ni yang aku rasa stress untuk final ni..."

“Kenapalah proposal aku ni kena tolak. Padahal aku dah bertungkus lumus buat yang terbaik berminggu-minggu lepas. Takda rezeki aku kott. Ni yang aku stress ni..”

Pernahkah peristiwa ini berlaku pada anda?

Manusia mempunyai tingkatan mereka masing-masing, oleh itu ujian setiap manusia akan berbeza-beza. Allah berfirman di dalam Al-Quran, setiap manusia diuji hanya dengan apa yang dia mampu.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...” (Al-Baqarah:286)

Kalau inilah ujiannya, katakan,
"aku redha, aku terima dan aku akan tambah usaha dan baiki mana yang patut!"

Sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan hamba-Nya. Namun apakah yang dilakukan oleh hamba-Nya? Berputus asakah? Atau sentiasa berharap pada-Nya?
Ujian dari Allah itukan pasti,
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka....”(Al-Ankabut 2-3)


Malahan ujian merupakan satu bentuk tarbiyah untuk hamba-Nya; jika hamba-Nya sedar akan hakikat itu. Bak kata pepatah yang masyhur ‘What did not kill you will make you stronger’.

Kita sebagai hamba Allah di muka bumi seharusnya sentiasa bersangka baik kepada Allah sebagai pencipta kita.
Allah sentiasa menilai keikhlasan hamba-Nya dan hanya amalan yang dilakukan dengan ikhlas akan diterima Allah. Cara terbaik dalam beramal di samping ikhlas adalah istiqamah. Biar perbuatan kita kecil tetapi sentiasa dilakukan dengan berterusan.

Belajar dan bekerja itu kan salah satu cara kita beribadah. Kalau niat itu baik, dilakukan pula dengan bersungguh-sungguh, pasti usaha kita akan dibalas setimpal daripada Allah. Bak kata pepatah
‘What you give is what you get back’. Walaupun ganjaran itu tidak terlihat sekarang, yakinlah bahawa segala yang berlaku punya hikmah disebaliknya.

Kita hendaklah juga yakin yang jika kita sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan sentiasa menjaga kita pula dalam segenap segi. Samada hubungan kita dengan manusia; tak kira dengan ahli keluarga, rakan sekerja, teman-teman serumah dan sebagainya.

Ramai tokoh-tokoh ulama yang berkongsi rahsia kekuatan mereka terutamanya dalam menghadapi ujian seharian iaitu dengan mengamalkan bangun malam, bertahajud, dan berdoa kepada Allah.

Mereka yakin Allah sahajalah pemilik mutlak alam, yang Maha Mendengar, yang Maha Berkuasa dan tempat bergantung harap. Makhluk bukanlah tempat berharap kerana makhluk sendiri mempunyai cacat cela mereka.

Tips kedua yang ingin dikongsi, ialah
pentingnya strategi serta perancangan. Perancangan yang rapi sangatlah penting dalam usaha mencapai kejayaan. Ini merupakan sunnatullah, lumrah dan fitrah kehidupan. Memang, kadang-kadang kita terfikir, malah diasak dengan persoalan seperti..

“Cakap senang lah, cuba kau try buat. Aku nak tengok sikit”

“Aku dah usaha lah, lagi kuat dari si fulan tu, tapi kenapa asyik tak dapat jer apa yang aku nak? Tapi si fulan tu asyik berjaya je?”

Ingatlah kembali yang liku-liku yang dihadapi hanyalah batu dan kaca sepanjang perjalanan kita yang masih jauh. Jangan benarkan diri tersungkur sebelum tiba di tempat persinggahan kita yang terakhir. Katakanlah
‘Kehidupanku ialah umpama pengembara yang mana tempat ku tuju ialah syurga’

Oleh itu, carilah kekuatan dan ketenangan hanya pada Yang Esa.


No comments:

Post a Comment