Wednesday, October 13, 2010

FLY HIGH 2010 : SIRI 3



---------------------------------------------------------------------------

Come people!

Spread the words to people around you.

A pre-departure program for students bounded to Australia/New Zealand!


What is going to be done in this program?

InsyaAllah, 2 questions above (and, many more) will be answered by thespeakers invited!

*Who are the speakers?


We will not announce it here, but we can just give you the clue.
One of them owned this -- saifulislam.com 'Erti Hidup Pada Memberi'


...More information about Fly High 2010 will be updated soon, insyaAllah! So, stick with us!.....

Fly High to reach the Sky High!


-----------------------------------------

Here are testimonials from our previous participants,













This program is brought to you by,


With collaboration,

as our media partner.


Visit our official website for updated information.....

Don't Just Jump, Fly High!




Tuesday, October 12, 2010

Malu Untuk 'Sweet'?


Malu Untuk 'Sweet'?
Penulis : kita kawan


Malu untuk ‘sweet’?

Saya merenung kalender di meja. Menghitung-hitung tempoh masa untuk pulang ke Malaysia. Beralih pula menyelak foto-foto lama. Melihat gambar-gambar orang besi dalam hidup yang bisa saja menitiskan cecair putih jernih. Sudah terlalu rindu barangkali. Biasalah. Adat anak rantau. Belajar di seberang laut. Sambil-sambil itu terfikir juga plan memasak menu baru yang telah dipraktis di Australia untuk keluarga tersayang.

Rindu. Sayang. Terima kasih. Antara lafaz penghargaan yang mudah tetapi susah juga saya kira untuk kita tuturkan. Saya sendiri kekadang melawan rasa malu untuk mengungkapkan kata-kata ‘sweet’ ini kepada insan yang saya cintai. Bila difikirkan, mengapa perlu malu untuk melafazkan kasih pada mereka? Meskipun tahu tidak perlu pun untuk malu, praktikalitinya masih kurang. Daya penolaknya masih terlalu lemah.

Adakah mungkin kerana sifat sopan santun dan berkias-kias orang Melayu menyebabkannya jadi begitu? Atau
mungkin didikan emak dan ayah yang juga jarang mengucapkan kata-kata cinta setelah anak semakin dewasa? Pengalaman dua tahun di Australia dan menonton filem barat memberi sedikit gambaran berbeza. Ibu bapa mereka mudah mengucapkan sayang pada anak-anak. Adakah kita sebagai anak mengharapkan yang sedemikian rupa? Mungkin mak ayah pula beranggapan “Tidak cukupkah lagi apa yang mak ayah korbankan selama ini sebagai tanda kasih?”

Ya. Hakikatnya penghargaan bukanlah semata-mata diucapkan dengan kata-kata, tetapi juga bahasa badan kita. Sesetengah mungkin malu untuk mengucapkan “Saya sayang emak” sambil mencium tangan dan pipi ibu. “Maafkan aku kawan” sambil memeluk erat sahabat. Namun realitinya, kita selalu terasa ingin menghargai saat sesuatu itu telah jauh dari kita. Kekesalan mungkin lebih berbekas jika ia hilang terus dari pandangan tanpa sempat untuk menunjukkan penghargaan.



Telah ditakdirkan, Allah menjemput ibu yang saya cintai ketika di Tingkatan 5. Tidak sempat untuk menemani insan mulia itu di saat akhir, hanya Tuhan yang tahu sesak di dada. Waktu itu, memang tidak banyak kata penghargaan yang sempat budak mentah seperti saya lafazkan. Apatah lagi perbuatan ‘sweet’. Isu yang sama. Malu. Kini baru saya sedar, rupa-rupanya sayang itu perlu juga saya lafazkan. Cinta itu perlu juga saya zahirkan.

“Ummiku sayang kaulah serikandi, berkorban selalu untuk kami, ummiku sayang kau ibu
mithali, semoga Allah kan berkati”-petikan lirik lagu Ummiku Sayang dari Soutus Sofwa.

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Ayat pertama dalam surah al-Fatihah ini dibaca dalam setiap rakaat solat saban hari, juga sebelum memulakan sesuatu perkara lazimnya. Allah Maha Pengasih. Maha Penyayang. Bagaimana Allah menunjukkan
‘sweet’ dan kasih sayang kepada hamba-Nya?

Tidak perlu untuk berfikir terlalu jauh. Cukup sekadar perhatikan perjalanan kehidupan kita sehari-hari. Kita
bangun awal pagi dengan nikmat dapat bernafas percuma dalam udara Allah. Kita berjalan membersihkan diri dengan anggota yang masih baik berfungsi dengan izin Allah. Kita kemudian makan dengan rezeki Allah. Kita ke sekolah, bekerja dengan anugerah kecerdasan dari Allah. Kita dapat keputusan yang baik, naik pangkat dengan rahmat Allah.

Saat kita bersedih, ayat cinta daripada Allah memujuk; jangan takut, jangan bersedih sebab Aku sentiasa dekat, ada bersama. Saat kita terleka, Allah mengingatkan dengan teguran-Nya yang penuh hikmah. Kekadang kita tersilap langkah melakukan dosa. Namun Allah dengan penuh belas berfirman,
“Katakanlah, “Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya(kecuali syirik). Sungguh, Dialah yang Maha pengampun, Maha Penyayang.” [39:53]

Subhanallah. Tidakkah begitu hebat kasih sayang yang Allah berikan? Bagaimana pula balasan kita terhadap kasih sayang Allah? Apa tanda penghargaan? Cukupkah sekadar mengaku beriman tetapi tidak melaksanakan perintah Allah? Cukupkah sekadar ucap cinta pada Rasulullah tanpa perlu mengikut pesanan baginda? Allah yang Maha Agung
menegur kita, khusus buat orang-orang yang beriman :
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah, dan kepada kebenaran yang telah diturunkan (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diberikan kitab kepadanya, kemudian berlalulah satu masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang fasiq” [57:16]

Dalam ayat ini Allah mengingatkan, dengan segala rahmat dan petunjuk yang begitu jelas, bilakah lagi masa yang kita tunggu untuk memberikan penghargaan? Penghargaan ini pastinya tidak menguntungkan Allah walau sedikit pun. Allah menekankan lagi, jangan pula hari demi hari yang berlalu tanpa disedari hati kita menjadi keras. Ibadah
terasa semakin tawar. Ayat-ayat cinta Allah tidak sedikit pun menyentuh hati kita. Mata sudah lama kering dari menangisi dosa. Antara kesan sambil lewa kita terhadap nikmat Allah. Alangkah ruginya jika kita tergolong dalam orang yang fasiq.

Jadi hargailah nikmat Allah dan orang di sekeliling kita dan tunjukkan penghargaan selagi masih berkesempatan. Lafazkanlah sayang pada anak dan jadilah ibu bapa mithali. Ucapkanlah terima kasih dan sayang pada mak ayah dan jadilah anak yang soleh. Katakanlah sayang pada sahabat dan jadilah sahabat yang memahami. Sebutlah sayang pada adik dan jadilah abang atau kakak yang sedia melindungi. Selawatlah pada nabi dan sambunglah perjuangan baginda. Bersyukurlah pada Allah dan jadilah hamba bertaqwa. ‘Sweet’ itu melibatkan hati, lafaz dan tindakan. Baru benar-benar terasa kemanisannya.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” [89:27-30]

Apakah yang lebih ‘sweet’ dan penghargaan yang lebih baik dari jemputan ke syurga Allah?

FLY HIGH 2010 : SIRI 2

FLY HIGH 2010 : SIRI 2

------------------------------------------------------------------

"Oh, lagi 3 bulan nak fly. Allah! Tak sabar.." Barang-barang semua dah nak kena prepare ni.

Emak bertanya, "Tak nak beli barang-barang kat sana je ke? Ntah-ntah lagi murah. Tak payah nak bawak barang berat-berat."

Saya mula bertanya-tanya dalam diri,
1. Betul ke barang-barang di Australia/New Zealand lagi murah? Tak perlu ke bawak barang-barang langsung?

------------------------------------------------------------------------

Usai solat, saya berdoa, agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan saya dan sahabat batch dalam menguruskan hal-hal sebelum kami fly.

Saya terdetik di dalam hati, "Macam mana lah kat Australia/New Zealand nanti ye? Ada ke masjid untuk singgah-singgah solat? Nanti kena bawa telekung lah kan, kalau nak ke mana-mana? Kalau takde masjid, macam mana nak ambil wuduk nanti? Susah jugak kalau tgh jalan-jalan, nak cari paip tepi-tepi jalan, kemudian nak berwuduk. Allah~ Macam mana ni?"

Itu persoalan saya yang ke-2,
2. Tentang urusan solat dan wuduk.

------------------------------------------------------------------------

Don't Just Jump, Fly High!



A pre-departure program for students bounded to Australia/New Zealand!

What is going to be done in this program?

InsyaAllah, 2 questions above (and, many more) will be answered by the speakers invited!

*Who are the speakers?

We will not announce it here, but we can just give you the clue.
One of them owned this -- saifulislam.com 'Erti Hidup Pada Memberi'

...More information about Fly High 2010 will be updated soon, insyaAllah! So, stick with us!.....

Fly High to reach the Sky High!


Saturday, October 9, 2010

Jangan Tinggal 'Tolong' dan 'Terima Kasih'!

Jangan Tinggal 'Tolong' dan 'Terima Kasih'!
penulis : miminapis

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi, semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.

"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.

"Cheers!" Dia membalas.

Dalam satu kejadian lain,

"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.

"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.

"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'! Sweet lah makcik ni~

Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap
setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.

"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.

Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad
rumah dikeluarkan, pintu dibuka.


Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.

"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"

"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."

Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.

Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.

Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.


"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.

Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?

Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.

Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University." Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air
mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut, "Again?"

Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"

Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.

Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?

Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.
Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."

Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."

Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.

Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.



Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

Manners are not born with us, they are acquired.
-------------------------------------------------------------------------------

*Blog penulis boleh dilayari di miminapis.wordpress.com.


Friday, October 8, 2010

FLY HIGH 2010 : SIRI 1

FLY HIGH 2010 : SIRI 1


Dahulu, semasa kecil, saya suka memandang ke langit. Ada awan yg memutih, langit yang membiru.

Satu hari, saya terlihat satu benda yang 'berjalan' di atas sana. Emak kata itu kapal terbang. Saya seronok melihatnya, sebab, setiap kali kapal terbang melintas dan melalui kepulan-kepulan awan, pasti akan ada satu garisan putih yang mengekori.

Dengan pemikiran saya sebagai seorang kanak-kanak ketika itu, saya kata, "Ooo, tu mesti asap kapal terbang! Bestnya!"

Satu hari ketika di dalam kelas, sekolah rendah, cikgu bercerita tentang masa hadapan.

Langsung, saya meletakkan impian, "Aku nak belajar luar negara! Boleh naik kapal terbang selalu."


Alhamdulillah, impian itu semakin menjadi kenyataan kini.

Wahhh! Tak sabar nak menjejakkan kaki di bumi orang.
Mahu belajar macam-macam di sana nanti.

Pencarian illmu, Pencarian diri, Pencarian destinasi!

Mari kawan-kawan kita bersama-sama FLY HIGH.... to reach the sky high!

How to reach the sky? Or, actually, how to go to the sky?

By plane?

Of course by a plane.

A plane which can drive us to the right place we want to go! Weeee~






Wait for the coming FLY HIGH VIDEO!



Monday, October 4, 2010

Kuliah Online : Hiburan Dalam Islam

KULIAH ONLINE : HIBURAN DALAM ISLAM


Teringat pada satu lirik lagu kumpulan nasyid negara, Raihan,
"Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah"

"Bagaimana sebenarnya hiburan yang dituntut oleh Islam?"

"Boleh ke dengar lagu? Ada orang kata boleh, tapi jangan ada muzik. Betul ke macam tu?"

"Hiburan.. Hiburan tu macam mana sebenarnya? Kalau kita main game pun hiburan jugak kan? Sebab kita menghiburkan hati kita. Main game boleh la?"

"Masa pergi majlis walimah seorang Akhi ni, dia ada buat karaoke. Betul ke benda tu? Bukannya apa pun, nak bagi jemputan rasa terhibur sikit. Ke, tak boleh sebenarnya?

Adakah hiburan sesuatu yang amat ditegah oleh Islam? Selama ini kita tertanya-tanya. Tambahan pula, kini lagu-lagu nasyid semakin mendapat tempat di hati para pendengar.

Pihak intelek_anz, menjemput semua untuk mendengarkan sedikit perkongsian tentang hiburan, di awal bulan Zulkaedah ini.



Jom beramai-ramai kita mendengarkan kuliah online. Sama-sama mencambahkan ilmu, di hujung minggu ini.

Penyampai : Mohd Faisal Abdul Khanan
Tahun Pertama Ijazah Doktor Falsafah Spatial Science
Curtin University of Technology
Western Australia
Hari dan Tarikh : Sabtu, 9 Oktober 2010
Masa : 5 petang (Perth/Malaysia)
10 malam (New Zealand)
Medium : Paltalk (sila add: intelek_anz)

----------------------------------------------------------------------

Rakaman kuliah boleh di dapati melalui link dibawah:




Sunday, October 3, 2010

Jumpalah 'Doktor' Untuk Membedah Hati


Jumpalah 'Doktor' Untuk Membedah Hati
penulis : daie global

“Ana, Amni Izzati, boleh panggil Amni, selamat bekerjasama semua”, Amni memendekkan sesi ta’arufnya dengan fasilitator yang lain bagi program untuk menyambut pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia dan New Zealand.

Setelah selesai sesi ta’aruf, para fasilitator bergegas ke dewan utama yang kelihatan penuh sesak dengan para peserta untuk mengikuti program motivasi dan persediaan untuk ke ‘oversea’. Sahabat baiknya, Nora Amirah memerhatikan gelagat Amni yang agak gelisah. Pada mulanya, dia berkeras mengatakan,”No worries, I’m ok”. Namun setelah didesak, akhirnya dia bersuara, “Mira, actually, Iskandar, ketua fasi tu…”, dia menghembus nafas panjang, seolah satu keluhan yang sukar untuk diutarakan. “Nape dengan Akh Is tu?”, sambut Amirah. “Ermmm..ana kenal dia”, dia bersuara. “Macam mana enti kenal? Setahu ana, enti ni susah nak berkenalan dengan lelaki”, Amirah memotong perbualan tadi.

“Diminta semua fasilitator untuk masuk ke dewan bagi program LDK”, kedengaran suara Is, dari corong speaker memanggil para fasi untuk bersama peserta. Perbualan yang meninggalkan satu soal jawab terhenti disitu.
Amni, yang ditugaskan untuk mengepalai muslimat kawasan Sydney seperti biasa menjalankan tugasnya. Biar sempoi asal bermanfaat itulah prinsipnya yang bergelar seorang naqibah. Membina tautan hati dan ukhwah fillah adalah keutamaan. Adik-adik yang bersamanya kelihatan enjoy dengan telatah lemah lembut tapi funky Amni. Setelah tamat sesi LDK, mereka pulang ke penginapan masing-masing.

“Tok, tok, tok”, bunyi ketukan pintu di bilik fasilitator. “Ye, ada apa-apa kami boleh bantu?”, tanya Afini, salah seorang fasi. “Boleh, saya jumpa kak Amni”, tanya adik yang bertudung labuh tersebut. Amni keluar dan mengajak adik tersebut duduk dibangku berhampiran dengan dewan makan. “Ada apa-apa akak boleh bantu?”, tanya Amni penuh sopan. “Akak, saya tersentuh dengan perkongsian akak tadi”, adik tersebut memulakan bicara.

Petikan surah An Nur ayat 26, “..... Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).....”,

Itulah antara perkongsian yang menyentuh hati adik tersebut. “Kenapa?”, tanya Amni ringkas. “Akak, saya ‘couple’,”, jelas adik tersebut dengan nada yang tersedu-sedu. Terdiam seketika Amni mendengar rintihan adik tersebut. “Dia menciptakan kamu berpasang-pasangan, indah sungguh penciptaan Allah kan?”, Amni mengerakkan lidah memulakan bicara.

“Setiap daripada kita pastinya tak terlepas daripada perasaan tersebut, akak faham sebab akak pernah melalui zaman ‘kegelapan’ itu”, sambung Amni. Terpaku adik tersebut mendengar cerita Amni, mungkin tak menyangka perwatakan muslimah yang dibawanya membolehkan dia terjerumus ke kancah ‘maksiat’.

“Kenapa? Awak tak percaya ke?”, tanya Amni. Adik tersebut mengangguk sambil terkebil-kebil matanya melihat Amni. “Syaitan itu kreatif, janjinya pada Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam terlaksana dengan jayanya”, sambung Amni lagi. “Dulu, akak ingat tak apa ‘couple’ ni asal tak pegang-pegang, kira ok la tapi sejak akak mengenali usrah dan tarbiyyah, ‘I’m realized that’ zina hati tetap ada”, keluh kesal suara seorang daie. “Pernah tak dengar, jangan kamu hampiri zina? ", Amni mengutarakan persoalan pada adik tersebut. “Pernah”, jawabnya ringkas. “Allah tak kata jangan kamu berzina tapi Dia memberi amaran jangan dekati zina sebab, bila ada dua cinta dalam hati kita, dikhuatiri, cinta pada manusia kita lebihkan”, Amni melabuhkan bicara juga sebagai noktah pada perbualan mereka kerana hari sudah larut malam dan para peserta dan fasilitator perlu bangun awal untuk qiamullail. Adik yang baru mengenal erti cinta dan tarbiyyah kelihatan keliru dengan perasaannya sendiri. “Kejarlah cinta Allah, pasti cinta Allah dan manusia kamu dapat”, Amni seakan memujuk adik tersebut yang sudah memulakan langkah ke penginapan peserta.
Adik itu sudah berlalu dan Amni seolah termenung panjang. Termenung mengenang zaman percintaannya dahulu. Kononnya ‘cinta ana enti’.

Dibelek Al-Quran yang dipegangnya dengan bersuluhkan kesuraman cahaya malam, dia membuka surah As-Saff ayat ke-2, ayat yang penuh ‘significance’ buatnya lebih-lebih lagi yang bergelar naqibah. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”, air jernih membasahi pipinya.

Merenung akan kejahilannya sendiri. Dia yang lemah longlai bangkit dari bangku menghala ke bilik fasilitator. Bagai mahu tercabut jantungnya bila bertembung dengan Iskandar. Hatinya berdebar-debar. Sebaris gigi tanda senyuman buat Iskandar. Amni berlalu dan sejurus tiba di bilik, dia mencapai sejadah, menunaikan solat memohon
perlindungan. Seorang hamba merintih. Rintihan yang selalu di keluhkan. “Ya Rabbku, aku memohon dan berlindung kepada-Mu dari kejahatan syaitan, dari panahannya. Aku takut Ya Allah, andai cintaku kepada si dia kembali berputik, cinta ini selayaknya untuk-Mu. Aku mohon kekuatan untuk terus bermujahadah melawan nafsu ini.”, Amni yang teresak-esak merintih pada Sang Pencipta. Dia bimbang akan pengalaman hitam itu kembali menghantui hidupnya. Pengalaman bercinta, cinta yang kononnya halal dalam konteks Islam.

“Eh Amni, nak kemana ni?" tanya Najiihah.
“Saya ada hal, terpaksa pulang. Saya dah maklumkan kepada Amirah untuk memberitahu kepada ketua fasi”, balasnya tenang. Dia keluar melangkah penuh sopan. Dia melihat kelibat Iskandar yang sedang sibuk tanpa menoleh sedikit pun padanya. “Astaghfirullah”, Amni memohon ampun sebaik tersedar dari pahanan syaitan itu. Dia sedar betapa sukar untuk dia membunuh perasaan itu, lebih-lebih lagi cinta pertamanya. Iskandar, teman kolej persediaannya, juga amir bagi kawasan mereka. Mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain malah pernah hanyut di buai cintai duniawi. Mesej, YM, telefon yang kononnya atas
dasar kerja bertukar sebaliknya. Mereka merasakan cinta mereka di redhai. Apa tidaknya, Iskandar sering menelefon Amni, mengejutkannya untuk berqiamullail. Wah! Kreatif benar syaitan itu.

Apabila Amni yang diangkat menjadi naqibah merasa tidak selesa tapi masih berhubung kerana tewas dengan perasaannya. Dia yang selalu berpesan kepada adik-adik usrahnya, “Couple itu haram jika tiada hubungan yang sah, firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 32, "Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk."...”, itulah peringatannya buat adik-adiknya. Namun peringatan itu tidak terkesan di hatinya. Takdir Allah, sungguh indah walaupun pahit. Suatu hari, mesej daripada Iskandar menjadi ‘turning point’ kepada segalanya. “Amni, kita putus. Cinta naqib dan naqibah ‘membunuh’ seorang
pendakwah, saya harap awak faham”. Mesej yang cukup ringkas tanpa sebarang penjelasan.


Amni yang pada permulaannya agak sedih memujuk hatinya.Dia meluahakan isi hatinya pada kakak sulungnya. Pujuk kak longnya tenang, “Adik, ingatlah, apa yang kita sangkakan tak baik untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita dan apa yang terjadi sudah tertulis di Lauh Mahfuz, seperti yang dinyatakan Allah SWT dalam surah Al-Hadid, ayat 22. Juga perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”.

“Tapi Along, adik ni jahat, adik tak nak bawa usrah lagi, adik takut”, Amni mengeluh, seolah fobia akan dosanya yang lalu.

“Allah Maha menerima taubat. Adik pergi ambil wuduk dan solat untuk`` cari ketenangan dengan meluahkan apa yang terbuku kepada Allah”, Along meneruskan pujukannya.

Bermula saat itu, Amni meneruskan perjuangannya bergelar dai’e dan tidak menyangka program fasilitator mengatur pertemuannya dengan Iskandar dan itulah pertemuan terakhirnya dengan lelaki tersebut.

Amni meneruskan episod seorang pelajar dan pendakwah di bumi asing. Walau tanpa orang yang kononnya menyokong dari belakang, Amni merasa tenang denga suratan takdir. “Ya, inilah yang terbaik untuk aku, mencari erti sebenar cinta dan redha, terima kasih Ya Allah”, itulah ungkapan yang menjadikan Amni, mawar yang dilingkari duri. Bisa disentuh oleh calang-calang makhluk. Berita gembira di saat menghitung hari untuk pulang ke tanah air dek tamatnya lima tahun jurusan kedoktorannya. Adik yang meluahkan isi hati semasa program tersebut akan membina masjid, mencari cinta yang hakiki dan abadi. Tersenyum gembira Amni, namun jauh di sudut hati kecilnya dia merasa sedih. Sedih dek tidak mampu membuka pintu hatinya buat mana-mana kumbang untuk hinggap. Setakat ini, dia menolak semua lamaran yang diterimanya.

Suatu hari kakak sulungnya menyuarakan sesuatu yang selalu Ma dan Abah bicarakan. Cuma kali ini ianya sesuatu yang menjadi penentu untuknya. “Adik, takkan tak nak fikir tentang kahwin, adik dah habis belajar. Usah dikenang zaman lampau dik”. Amni terdiam dan terpaku. Belum sempat Amni membalas apa-apa, kakaknya menyambung bicara. “Nah”, Along memberikan sekeping surat. Dengan muka yang kehairanan Amni mengambil surat itu. Dia membukanya perlahan-lahan dan meneliti setiap kalam, air mutiara jernih membasahi pipi, lantas dia memeluk kakaknya itu. Melihat dan membaca surat tersebut Alongnya turut tersentuh.

Assalamualaikum..

Pertamanya ingin saya mohon maaf atas segala kesilapan ana pada enti. Perginya ana anggaplah seperti para sahabat untuk berjuang. Ana berjuang tanpa pedang tapi ana berjuang dengan pena dan kalam, menegakkan syiar Islam, menunaikan amanah sebagai seorang khalifah. Perginya ana kerana bimbang ana dan enti yang juga naqib dan naqibah ‘berzina’ dengan hati, cinta dan rindu kita bukan pada Yang Hak. Perginya ana dari hidup sang mawar yang dilingkari duri, hanya bisa disentuh bila pada waktunya. Perginya ana kerana kau bidadari syurga yang ku nantikan. Bersama kalam ini, ingin saya sertakan lamaran buat muslimah bernama Amni Izzati.

*untuk pengetahuan enti, kedua orang tua enti telah sedia maklum. Kak Long sebenarnya dalang disebalik perpisahan dan pertemuan kita.

Yang ikhlas,
Iskandar


Amni memandang kakaknya, seolah inginkan penjelasan terhadap apa yang terjadi. Senyuman yang disusuli bicara, memberikan jawapan bernoktah kepada Amni.

“Sebenarnya, Along yang minta Iskandar tinggalkan adik, sebab hati yang mati tak kan mampu menghidupkan hati yang mati. Kerana Along sayangkan adik, Along biarkan adik ‘menderita’ dan ‘merana’ seketika. Sebagai memenuhi janji Along buat kalian, untuk mematrikan cinta kalian pada Yang Hak, sudah Along tunaikan. Along doakan yang terbaik buat kalian berdua. Moga dua hati yang bersatu pada ikatan yang sah, akan meneguhkan perjuangan kalian di medan dakwah”. Amni terdiam mendengar penjelasan kakaknya dan lantas memeluknya.

Itulah kisah mereka, janji Allah adalah suatu kepastian. Tak perlu dikejar cinta manusia, kerana kadang-kadang kita akan kecewa. Kejarlah cinta Rabbani, kerana manisnya dunia dan akhirat. Ayuh kita singkapi cinta dan rindu menurut Al-Quran dan As-Sunnah oleh Syeikh Ibn Qayyim Al-Jauziy. Apakah tanda-tandanya?

"Bila disebut nama kekasih kita, gementar rasanya

Rasa malu dan segan bila betemu

Rasa cemburu apabila ada orang lain mendakati kekasih kita"


Bagi yang melalui zaman ‘couple’ atau sesiapa sahaja yang menyimpan perasaan kepada seseorang, adakah perasaan-perasaan tersebut hadir tepat pada waktunya? Juga, adakah perasaan sebegitu hadir apabila nama Allah dan Rasul-Nya disebut? Andai kita tidak merasakan apa-apa, jumpalah 'doktor' untuk membedah dan membersihkan hati selagi masih ada peluang.