Friday, June 10, 2011

Tipu Daya Syaitan

Tipu Daya Syaitan
Oleh: Haura Maqsuroh

Syaitan merupakan musuh manusia yang paling licik setelah hawa nafsu. Manusia sering diperdaya oleh syaitan melalui tujuh pintu-pintu berikut.

1-Syaitan melarang manusia untuk berlaku taat kepada Allah swt.Sedangkan orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak ajakan tersebut dengan mengatakan:

“Aku mengharapkan pahala dari Allah.Untuk itu,aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal”

2-Syaitan sentiasa berusaha memujuk manusia agar tidak mentaati Allah dan menghasut manusia dengan mengatakan:

“Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah beramal. Masa masih panjang dan kita masih muda dan sebagainya lagi..”

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan:

“Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan perlu aku kerjakan”

3-Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan:

“Cepatlah beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan yang lain”

Orang-orang yang diselamatkan oleh Allah akan mengatakan:

“Amal yang sedikit tetapi sempurna (berterusan) lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak sempurna”

4-Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan:

“Bagi saya,penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)”

5-Setelah itu, syaitan cuba membisikkan pujian kepada orang yang beramal:

“Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu..”

Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa:

“Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah milik Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNYA apalah erti amalanku ini jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula”

6-Dengan gagalnya jalan yang kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir.Syaitan berbisik dalam hati manusia:

“Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas”

Begitulah syaitan cuba menyesatkan manusia dengan perbuatan penipuannya yang sangat tersembunyi.Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riya’.Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak ajakan syaitan ini dengan mengatakan:

“hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkan amalanku. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Jika menghendaki, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina.Semuanya itu adalah urusan Allah.Aku tidak khuatir amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia”

7-Gagal dengan cara yang di atas,Syaitan meneruskan godaannya dengan cara yang lain pula dengan mengatakan:

“Hai manusia,janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak,maka meninggalkan amal ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka”

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak godaan tersebut dengan mengatakan:

“Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNYA.Allah Maha Mengetahui,menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai menurut kehendakNYA. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia,aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka,aku akan tetap meneruskan ibadat agar tidak menjadi penyesalan buatku.Sekiranya aku dimasukkan ke neraka, padahal aku taat, itu lebih aku sukai daripada aku masuk ke neraka kerana berbuat maksiat.Tetapi tidak akan yang demikian kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNYA adalah benar”

Demikianlah tujuh jalan-jalan bisikan syaitan untuk menjadikan ummat manusia dari jauh daripada Allah swt .Semoga kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah swt.Segala perkongsian diatas saya ambil dari Kitab Minhajul Abidin karangan Iman Ghazali Rahimahullah.



Mencari Keampunan ALLAH Melalui Solat


Mencari Keampunan ALLAH Melalui Solat
Oleh: Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi



Solat merupakan ibadah yang begitu utama bagi umat Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wa sallam. Ada dua kategori solat: fardhu dan sunat.

Secara umumnya, setiap kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah tabaroka wa ta'ala pasti mempunyai hikmah dan kebaikan kepada para hamba-Nya. Setiap ibadah wajib yang dilaksanakan dengan ikhlas akan membolehkan hamba tersebut memperoleh pahala dan akan diberikan balasan kebaikan di akhirat.

Bagi hamba-hamba Allah yang semakin mengenali hakikat dirinya sebagai ciptaan-Nya, akan hadir dalam perasaan mereka untuk membaiki kualiti penghambaan mereka. Setiap ibadah yang dilakukan akan digunakan untuk menzahirkan rasa kehambaan itu. Mungkin bagi orang yang berada pada tahap biasa, mereka mendirikan solat fardhu kerana dua faktor:

1) Ingin selamat daripada seksaan akibat meninggalkannya.
2) Ingin mendapat balasan kebaikan di akhirat nanti dengan melaksanakan tuntutan ibadah yang wajib.

Namun begitu, bagi orang yang berada pada tahap yang lebih baik, solat mereka dilaksanakan dengan matlamat yang lebih daripada apa yang disebutkan di atas.

Antara perkara yang dapat diburu daripada solat ialah keampunan Allah. Hal ini adalah sebagaimana yang ada dinyatakan dalam hadits Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rohimahullah di dalam At-Targhib dengan isnad yang hasan.

Terjemahannya:

Abu Dzar rodhiyallahu 'anhu berkata:

"Suatu ketika Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut.

Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 'Wahai Abu Zar.'

Saya menyahut, 'Saya, ya Rasulallah.'

Kemudian Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

'Apabila seseorang Islam menunaikan solat untuk mendapatkan keredhaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini daripada pokok.'"


Pasti tanpa dinafikan lagi, solat akan sentiasa kita dirikan sepanjang hayat kita.

Apa salahnya jika mengambil inisiatif untuk lebih menghayati dan merasai kelazatan dalam mendirikan solat dan merebut segala kebaikan yang telah dinyatakan oleh Al-Quran dan As-Sunnah berhubung dengan ibadah solat.

Kita sememangnya sentiasa melakukan dosa dan kesilapan kerana kita tidak terjamin tidak melakukannya sebagaimana para Rasul yang maksum. Namun begitu, perkara ini tidak boleh dijadikan alasan kepada kita untuk sengaja melakukan dosa yang mengundang kemurkaan Allah.

Semasa menunaikan ibadah solat, sama-sama kita berikhtiar menghadirkan kekhusyukan dan kesungguhan mengharapkan keampunan Allah atas segala dosa kecil yang kita lakukan.

'Ulama menyatakan bahawa keampunan yang diberikan oleh Allah melalui solat sebagaimana disebut dalam hadits di atas adalah untuk dosa kecil. Untuk pengampunan bagi segala dosa besar, taubat nasuha perlu dilakukan. Jika dosa itu berkait dengan makhluk, maka perlu diselesaikan usaha memohon keampunan atau kemaafan daripada makhluk tersebut.

Dengan mengetahui betapa besarnya rahmat Allah dengan mengampunkan dosa kecil kita sebagaimana gugurnya daun-daun daripada dahan melalui solat yang kita didirikan, kita wajar berupaya untuk menambahkan perasaan khusyuk ketika solat. Mudah-mudahan beroleh istiqamah dalam melaksanakannya.

Wednesday, June 1, 2011

WARKAH BUAT BAKAL SUAMIKU..

WARKAH BUAT BAKAL SUAMIKU..
Murrabi Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Ingin ku coretkan warkah ini buat bakal suamiku..tidak pernah terlintas untuk mengungkapkan lafaz yang sekian lama tersimpan sebelum tiba masanya..namun, ku coretkan warkah ini untuk ku nyatakan sesuatu kepadamu..

Sepanjang hidupku, tidak pernah ku buka pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu menyakitimu tanpa aku sedari..aku menjaga pandanganku dan pergaulanku kerana hatimu perlu ku utamakan..

Aku menutup rapi seluruh mahkota berharga buat kaum wanita kerana hanya kau insane yang selayaknya untuk itu..tidak guna, aku dipandang cantik dan menjadi rebutan ramai kerana aku tahu hanya kau seorang yang bisa aku milikki..

Aku menjaga akhlakku, aku berusaha menjadi wanita solehah kerana aku berpegang pada janji Allah..aku mengimpikan lelaki yang menjaga pandangan kepada wanita dan kerana itu aku perlu menjaga pandanganku terlebih dulu kerna janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik..

Aku tidak mampu menipu hati dan perasaanku..lumrah untuk mencintai dan dicintai juga mengasihi dan dikasihi..namun aku berusaha menafikan semuanya kerana mu..tidak mahu aku berikan sisa cintaku hasil lebihan dari lelaki lain kerana kau berhak mendapat yang tulen nan suci..

Bukan aku mengharap dirimu sekacak Yusuf, yang bisa membuatkan wanita berdarah tangannya kerana memandangnya..andai benar kau jodohku, andai benar aku diciptakan dari tulang rusukmu..aku pasti perasaan cinta dan sayang akan Allah campakkan tanpa aku sedari..akan tetapi sebelum ada ikatan yang sah, jangan pernah kau zahirkan perasaanmu kepada aku..aku bimbang tiada rahmat dan barakah Allah pada kehidupan kita nanti...

Ingin coretkan permintaanku buat mu dalam warkah ini..aku mengarapkan engkau menyerahkan seluruh dirimu untuk menggapai redho Allah..izinkan aku menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu dan benarkan aku untuk menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu kau rebah di medan fisabillah..beri aku kesempatan untuk menyesat darah dari lukamu, menyesat peluh dari tubuhmu dengan tanganku sendiri..kerana itu impianku yang telah lama tersimpan..

Aku pasti sedih dan kecewa andai kau mencintaiku seluruh jiwa dan ragamu..aku inginkan kau berikan seluruh cintamu kepada Allah dan Rasul kerana dengan itu aku pasti, kau mencintaiku keranaNYA..itulah cinta yang aku harpakan..kerana aku pasti cinta itu bakal tumbuh mekar hingga ke jannahNYA..

Jangan pernah kau kayakan aku dengan harta dan dunia..aku tidak akan pernah bahagia dengannya..aku bisa bahagia bila kau bisa meluruskan tulungku yang bengkok dengan bimbangan meniti jalan syariat, jalan yang diredhoi Allah..kerana kebahagian yang aku cari adalah kebahagian bila kita bisa hidup dalam rahmat Allah..



Aku bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna

Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara

Cuma aku wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …


Sunday, May 29, 2011

Man Sobara Zhafira

Man Sobara Zhafira
Penulis : Wadi Al-Qurra'

Bismillah...
Maksud firman Allah SWT:
" Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar "
[al Baqarah : 155]
Seringkali kita dengar satu pepatah Melayu, " Usaha Tangga Kejayaan ". Pepatah ini sangat popular tidak kira kepada pelajar sekolah rendah, mahupun dewasa. Kalau pepatah arab pula, " Man Jadda Wajada ". Kedua pepatah ini membawa pengertian sama, siapa yang berusaha maka dialah yang akan mencapai kejayaan.
Dua pepatah ini seringkali menjadi motivasi, pemangkin semangat ramai di antara kita untuk berjaya, tidak kiralah dunia mahupun akhirat. Namun dalam berusaha, ramai juga yang kecundang tersungkur di tengah jalan. Persoalannya kenapa ramai yang mudah berputus asa sebelum kejayaan atau hajat dicapai?, sedangkan semua pun tahu jika terus berusaha insyaAllah akan dicapai apa yang dihajati.
Maksud firman Allah SWT :
" Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir "
[Yusuf:87]
Qurra' yang dikasihi, ramainya kecundang kerana " Usaha Tangga Kejayaan " dan " Man Jadda Wajada" ataupun yang sewaktu dengannya sahaja tidak mencukupi. Masih ada kata pelengkapnya yang menjadi tajuk perkongsian di Wadi al Qurra' kali ini, " Man
Sobara Zhafira ". Pelengkap ini seringkali ditinggalkan, dan kerana seringkali itulah, ramai yang berputus asa dari rahmat tuhan.

" Man Sobara Zhafira " bermaksud siapa yang bersabar akan mendapat keuntungannya. Pastinya pepatah ini adalah pelengkap kepada " Man Jadda Wajada ". Usaha tanpa disertai sabar akan sia2. Usaha yang di lakukan sekuat manapun, tanpa izin Allah maka tidak akan ada hasilnya. Perlu untuk kita tanamkan bahawa kita berjaya bukan hanya kerana faktor usaha, akan tetapi ada satu kuasa yang lebih besar, iaitu keizinan Allah SWT.
Sekiranya " Man Sobara Zhafira " tidak disekalikan dengan " Man Jadda Wajada ", akan terjadilah putus asa apabila ditangguhkan hajat yang di mahukan sebagai ujian dan dugaan. Manusia sering lupa yang SABAR itu adalah mutiara yang sangat berharga dalam kehidupan, yang berharga dalam benak pemikiran hanya wang ringgit dan emas permata sedangkan dengan SABAR dalam usaha itulah sebenarnya akan menghasilkan keberkatan dalam kehidupan.
Maksud firman Allah SWT :
" Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar "
[Fushilat:35]
Kejayaan yang sebenar adalah apabila sifat SABAR berjaya dididik dan ditanamkan dalam diri. Berapa ramai pelajar cemerlang tiba2 membunuh diri akibat stress, berapa ramai pula ahli perniagaan yang berjaya membunuh diri bahkan saling bermusuhan antara satu sama lain. Cemburui mencemburui, tekanan perasaan, dan pelbagai lagi gelojak jiwa terhasil adalah kerana satu hal yang pasti tidak dimiliki, SABAR!.
Berjayakah mereka yang seolah berada dipuncak kekayaan atau kepandaian tetapi hidup tidak tenteram, dalam ketakutan, dalam tekanan? Apa yang dapat dibanggakan dengan harta pinjaman tuhan sedangkan diri gelojoh tamakkan nikmat, hilang sifat qanaah, dan semua ini tidak lain, kerana satu hal sahaja, tidak sabar dalam meniti kehidupan, tidak sabar dengan ujian, tidak sabar juga dengan nikmat.
Sabar bukan sekadar sabar dengan ujian, bahkan perlu dengan nikmat juga. Dalam kita tidak sedar, semakin banyak nikmat kurniaan tuhan, semakin gelojoh dan tidak sabar pula untuk kita mendapat yang lebih lagi, semakin banyak di beri semakin gelojoh, tunggulah saja untuk tersungkur kemudian hari.
Allah Maha Adil dan Maha bijaksana, pastinya keputusannya adalah yang terbaik. Kadang2 kita menyangka kita telah berusaha sekuat mungkin, dengan hanya berpandukan mantera " Man Jadda Wajada " maka tentulah kita yakin akan mendapat apa yang dimahukan, namun ada dua hal lagi yang sering kita terlepas pandang :

1. Benarkan usaha kita itu sudah betul2 hebat, tidak mungkinkah masih ada insan lain yang berusaha lebih hebat daripada kita untuk mendapat apa yang kita turut mahukan itu?...Allah Maha Adil & Maha Mengetahui!...teruslah berusaha dengan SABAR :)

2. Apakah kita benar2 yakin apa yang kita mahukan itu yang terbaik buat kita, sehinggakan kita mula berprasangka kepada qada' & qadar?...tidakkah segalah rahsia alam adalah milik Allah yang Maha mengetahui baik dan buruk segala sesuatu buat kita?...SABAR, ada yang lebih baik menanti dikemudian hari :)
Sumber : http://wadiqurra.blogspot.com/2011/05/man-sobara-zhafira.html

Tuesday, May 24, 2011

Enta, Enti, Kita Sahabat Baik

Enta, Enti, Kita Sahabat Baik
Penulis : Tilmiz Ila Jannah


Sebuah cerita yang saya tahu...
****

"Enta kan sahabat baik ana..."


Majdi angguk.

"Jangan tinggalkan ana ok?"

Majdi tersenyum.

****

Hujan di luar rintis-rintis. Bergabung bersama embun malam yang sedia sejuk.

Majdi menghembus nafas. Termenung. Perkataan 'sahabat baik' berlegar di kepalanya.

Memang sahabat baik. Tapi dia, seorang Zainah. Yang mana: Saya, enta. Dan kamu, enti.

Dan hari-hari yang berlalu. Dan dengan telinga yang semakin mendengar. Dan bersama mata yang terus membaca. Hati ingin terus berubah.

Hanzalah memerhati.

"Apa termenung bro?"

"Tak ada apa.."


Majdi jawab segan-segan.

" 'Dia' yang kamu tunggu, adalah kamu sendiri.."

Majdi mengangkat kening.

"Maksudnya?"

"Kamu yang menyunting dan gubah bunga yang kamu mahukan.."


Majdi sayang akan Zainah. Dia tak mahu sahabatnya itu menangis. Dia kenal akan sahabatnya yang amat memerlukannya. Yang selalu mengadu masalah padanya. Yang selalu bersama berkongsi cerita.

But she is still she. Still ustazah and not ustaz.

"Jom malam ni?"

"Ke mana?"

"Forum pembangunan Islam.."


Hanzalah tersenyum.

****

"Kenapa enta macam lain je?"

"Erm, tak ada apa. Ok je.."

"Ana tanya, jawab sepatah-sepatah je.."

"Tak ada apa Zainah. I'm ok je, dun worry :) "


****

"Saya pelik dengan remaja sekarang.. Terutama dengan yang Ustaz dan Ustazah.."

Ustaz Zahazan memulakan bicara forum.

"Mereka mengajak orang berbuat kebaikan.. tapi ada yang diorang sendiri tak buat.."

Semua khusyuk mendengar.

"Di neraka, nanti ada orang yang disiksa dengan amat teruk.. sehingga ahli neraka hairan dan bertanya kepadanya kenapa dia disiksa begitu. Malah mereka pelik, 'bukankah kamu dahulu mengajak kami ke arah kebaikan'?"

Sungguh, mereka adalah orang yang menyuruh berbuat kebaikan, tetapi tidak melakukan.."


Tenang Imam Muda Asyraf menasihati.

"Jadilah mujahid dan mujahidah Islam yang sebenar.."

Di satu sudut, air mata seorang muslimah sudah mengalir.

Zainah tertunduk.

****

"Orang call tak angkat.."

"Tak sengaja lah.."

"Dia tak sengaja tak apa, kita tak sengaja tak boleh.."


Majdi buat merajuk.

Zainah ketawa.

"Bukan selalu.."

"Ye lah. Wslm.."


"Majdi!!"

" :) "

****

Majdi menghempaskan badannya ke katil. Meletakkan tangannya di kepala.

Tersenyum.

"Nak message Zainah lah.."

Majdi bangun, ingin mengambil handphone di atas meja. Terpandang sahih Muslim yang diletakkan di tepi handphonenya.

Dia menyelak..

Telah berkata Hanzalah r.a : Aku bertemu Abu Bakar as-Siddiq lalu Abu Bakar bertanya :

Abu Bakar : Bagaimana kamu wahai Hanzalah?"

Jawab Hanzalah : Aku telah jatuh munafiq!

Abu Bakar : Mahasuci Allah, apa yang kamu katakan ini?

Jawab Hanzalah : Kita bersama rasulullah s.a.w mengingatkan kita berkenaan neraka dan syurga sehingga seolah-olah kami melihatnya di hadapan mata, namun apabila kami keluar dari majlisnya kami bermain-main mesra dengan anak kami dan isteri kami, dan kami telah lupa banyak yang kami pelajari...

Maka berkata Abu Bakar : Aku juga begitu. Lalu kami pergi bertemu RasuluLlah saw.

Setelah bertemu aku berkata : Hanzalah telah menjadi munafiq.

Lalu RasuluLlah saw bertanya : Kenapa (kamu berkata) begitu ?.

Lalu aku menjelaskan : Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w mengingatkan kami tentang syurga dan neraka seolah kami melihatnya di hadapan kami namun apabila kami keluar dari majlisnya kami bermain-main mesra dengan anak kami dan isteri kami, dan kami sesungguhnya telah lupa banyak dari yang dipelajari.

Lalu RasuluLlah saw bersabda : Jika sekiranya kamu ini kekal begitu (insaf dan takut semasa pengajaranku) dan sentiasa dalam zikir mu maka kamu akan bersalaman dengan para malaikat di tempat tidur mu dan di jalan-jalan kamu akan tetapi satu masa (untuk ibadat) dan satu masa (untuk melakukan perkara lain) - RasuluLlah saw mengulang 3 kali.

(Riwayat Muslim)

Majdi sebak. Ini Hanzalah, sahabat nabi. Sedangkan diri mereka yang hebat merasakan dirinya munafiq hanya kerana bermesra dengan anak dan isteri yang halal.

Aku?

Air matanya mula mengalir. Kali kedua selepas forum tadi.

Bukankah tadi kamu merasakan seakan sudah di tepian neraka Majdi? Apa guna tangisanmu?

Hanzalah masuk. Pelik memerhatikan sahabatnya yang sedang menangis.

"Kenapa ni Majdi?"

Majdi melangut.

"Hanzalah, aku amat berharap malaikat akan turun bersalaman denganku.."

****

Hujan sudah reda. Lampu-lampu perang memancar perlahan menemani malam.

Zainah merenung luar tingkap, mengambil angin malam yang menyejukkan.

Hatinya benar-benar lembut sekarang. Terasa murah dengan tangisan. Forum sebentar tadi ibarat bayu yang menyampaikan salam. Salam hidayah ke hati.

Dia mahu menjadi pejuang Islam. Dan bukankah tanggungjawab sebagai seorang mujahidah itu amat besar? Sebesar pengorbanan.

Nekad.

"Salam, free x? Nak cakap sket.."

Inbox keluar. Zainah. Majdi tersenyum bersahaja.

"Wslm, yup. Silakan.."

"Ana tak tahu nak cakap macamna. Macam mana ya? Erm, perasan tak bila kita selalu message-message, kadang-kadang call.. Perasan tak sepatutnya semua tu berlaku? Hmm.. ana nak calon suami ana yang jaga muamalatnya. Tapi camna ana nak dapat mcm tu kalo ana pun x jaga muamalat? hmm.. banyak benda malam ni yang buat ana menyesal. Ana tak menyesal jadikan enta sahabat baik ana. Tapi kita yang tersilap langkah. Betul tada rasa antara kita. Ana dan enta tiada perasaan antara satu sama lain. Tapi itu bukan tiket untuk kita selalu message, gurau.. ana selalu cakap pada diri..

'Majdi sahabat aku. 'Tiada salah untuk berhubung dengan dia sebab kami bukannya ada rasa apa-apa'.

Tapi ana silap.. Ana nak jadi baik, sebab ana nak dapat suami yang baik. Ana nak enta jadi baik supaya enta dapat isteri yang baik. maybe pasni kita da tak yah message yang mengarut dah. Ana menyesal dengan semua yang ana lalui.. ana nak minta maaf pada enta, kalau-kalau selama ni ana wat enta terlalai or apa-apa la.. mohon Allah ampunkan ana.. Mohon Allah jaga kita.. doakan ana.. Syukran suma2.. ana nak berubah.."

Majdi diam. Menatap setiap huruf.

"Tak salah kan kalau ana reply?..."

Hujan kembali rintis di luar.

"Tak.."

Zainah menunggu.

"Maha suci Allah yang menjadikan malam ni untuk kita. Untuk ana, juga untuk enti. Allah benar-benar bantu bila kita mahu berubah kan? Sebelum ni enti pernah tanya, "Majdi, enta macam lain sikit je.." "Kenapa macam acuh tak acuh je dengan ana.." Sebab ana rasa apa yang enti rasa sekarang, Zainah. Tapi ana sayangkan enti sebagai seorang sahabat. Ana nak enti lupakan ana perlahan-lahan. Ana tak nak tinggalkan enti tiba-tiba. Ana tak nak enti menangis. Dan ana takut, seandainya satu hari nanti, ana akan rindukan dan amat rindukan enti. Ana juga benar-benar nak berubah. Sekarang, kita sama-sama berubah ya? Semoga Allah menjaga enti selalu. Semoga Allah menjaga hati kita sentiasa. Teruskan menjadi wanita solehah ya.."

Tenang. Setenang hujan di luar.

"Allah.. terima kasih ya Allah.. Terima kasih juga Majdi.. Ana sebelum ni masih keliru. takut enta tinggalkan ana. benar-benar tak nak enta tinggalkan ana. Tapi kita punya tanggungjawab besar. bagaimana mahu menyeru pada kebaikan sedangkan kita bergelumang noda. Ana benar-benar mahu berubah. Moga Allah jaga ana, enta, dan sahabat semua. Terima kasih untuk semua-semua. Segala nasihat, dan perhatian enta, segala-galanya.. Wslm."

Majdi tersenyum. Walau syahdu.

Zainah menangis. Walau pedih.

Redha Allah lebih penting.

Bukankah sahabat yang baik itu membawa ke jalan menuju Allah?

****

Epilog:

Umar bin Abdul 'Aziz.

'Umar pernah jatuh cinta pada seorang gadis. Hanya Fathimah binti 'Abdul Malik, sang isteri bidadari hati yang belum mengizinkan 'Umar menikahi gadis itu.

Namun cinta itu tetap ada.

Kemudian hari itu datang menghampiri. Di puncak pengorbanan yang harus diberikan Umar. Untuk diri, rakyat, dan negerinya.

Walau dirinya sendiri tanpa rehat. Tanpa ruang sedikit walau untuk sekadar tertawa.

Saat Umar bertanya.

"Bagaimana keadaan kaum muslimin hari ini?"

Muzahim, si Perdana Menteri tersenyum.

"Semua kaum muslimin dalam keadaan sangat baik wahai Amirul Mukminin. Kecuali saya, anda, dan baghal anda ini.."

Ditumpukan segalanya hanya untuk perjuangan.

Fathimah amat merindukan senyum sang suami. Lalu dibawanya sang gadis yang dicintai 'Umar untuk dinikahi.

Gadis yang amat dicintainya, begitu juga sebaliknya pada sang gadis.

Nyala cinta itu kembali. Meronakan harapan. Mewarnakan hati yang sebelumnya lelah.

Namun, di sinilah cinta semasa dan cita besar perubahan bertemu dan bertarung. Di perlantaran hati sang khalifah.

Ajaib, 'Umar menikahkan gadis tersebut dengan pemuda lain.

Kata Ustaz Anis Matta. Tak ada cinta yang mati di sini.

Sebelum meninggalkan kediaman 'Umar, gadis itu bertanya sendu.

" 'Umar, dulu kau pernah sangat mencintaiku. Tapi kemanakah cinta itu sekarang?"

'Umar bergetar haru. Ada sesak di dadanya.

"Cinta itu tetap ada.."

"Bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam..."

(Dipetik dari buku Agar Bidadari Cemburu Padamu- Salim A. Fillah)

****
Bukankah sahabat yang baik itu mengajak ke arah Syurga dan bersama menjauhi neraka?

Nak Sebut Mana Satu?

Nak Sebut Mana Satu?
Penulis: Nottingham Kini

Apabila ada orang memberikan bantuan atau memberikan hadiah dan sumbangan kepada kita, naluri hati manusia akan membalasnya dengan kata-kata penghargaan.

Ada yg sebut 'terima kasih'.
Ada yg sebut 'thanks'
Ada yg sebut 'cheers'
Ada yg sebut 'syukran'
Ada yg sebut 'jazakallahu khayran'

Jadi, nak sebut mana satu?

Adakah sebutan kita ikut-ikutan atau faham-fahaman?
Kalau ikut-ikutan, itu yang jadi segan. Orang lain cakap, bunyi macam sedap, jadi kita pun ikut. Tapi kadang-kadang rasa macam segan, sebab macam 'baik' sangat.
Namun kalau faham-fahaman, fahaman apa jadi ikut-ikutan?

Kalau sebut terima kasih, kita mengembalikan kasih org yg telah berbuat baik kepada kita kepadanya.

Bagitu juga dengan ucapan 'thanks', 'merci', 'kamsa hamneeda', 'cheers' dan sebagainya.

'Syukran' ialah versi bahasa Arab. Sedap bunyinya. Kalau mengucapkan 'syukran', kita cuba memanifestasikan 'syukur' kepada insan yg menolong dan membantu kita itu tadi.

Kemudian datang frasa 'jazakallahu khayran' yang bermaksud 'semoga Allah menghadiahkan kebaikan kepada anda'. Hebat sebenarnya ucapan ini.

Kalau kita nilai sebaiknya, ia satu latihan pengukuhan aqidah kita kepada Allah. Apa tidaknya, setelah si individu bertungkus-lumus membantu kita, kita balasi dengan DOA dan PUJIAN kepada Allah. Sekali fikir, tidakkah pelik bunyinya?


Kita tidak tenggelam dengan kehebatan bantuan manusia itu tadi, tapi kita kagum dengan Allah yg menganugerahkan kelebihan kepada si individu yg membantu kita tadi. Lalu kepada Allahlah kita doa agar dibalas kebaikan si insan itu. Muslim sangat menghargai manusia yg suka membantu, lalu yg membantu pun mendapat doa secara percuma. Jadi situasinya menang-menang; yang dibantu untung, yang membantu pun untung.

Jadi sebesar mana kehebatan manusia kepada kita, kembalikan ingatan kita kepada Allah yang bersifat al Wahhab dan al Aziz, dengan ucapan 'jazakallahu khayran kathira'.

جزاك الله خيرًا كثيرًا



Friday, May 20, 2011

Exam mode-Part II

Exam Mode - Part II
by: kita kawan

Nothing Can Stop You But Yourself

For the university students, it is the time of the year yet again for examinations and assessments. After what had been for most of them an enjoyable winter break, with all the traveling and snow fights, most of my Malaysian peers in Sheffield are currently isolating themselves in their rooms or in the library. All being infected with the 'revision-mood' virus, which only spreads when examinations are around the corner and is virtually non-existent at any other time of the year.


The examination fever


Ideally, when it comes to the examination season, you want to put aside all other commitments and give your utmost attention to revising. Nothing should be bothering you from your revision and you want to spend as much time as possible preparing for the exams.

But be aware that things don't necessarily go as how you have planned them to be.

Sometimes you are down for a few days with a nasty cold and had to abandon revision for a while.

Or maybe someone close to you in Malaysia is poorly ill or has died, and you had to make an emergency return back home even if it is just for a few days, to provide your support for the bereaved family.

It reminded about my own circumstances, a year ago, when I was preparing for my examination as a final year medical student. I was diagnosed with Hodgkin's lymphoma on the 5th December 2008 and my exams were scheduled on the 15th and 16th January 2009. Within the 6 weeks gap I had between the date of my diagnosis and examination, I had to include regular visits to the hospital for PET scan, bone marrow biopsy and two chemotherapy sessions on top of my revision plan.


I thought I was running out of time...


The chemotherapy made me very lethargic and I remembered having to take at least a week off my revision time recovering from each treatment. Overall, I only had less than 3 weeks of solid revision to prepare myself for the big exams. Alhamdulillah, by the will of Allah, I successfully passed the exams, in what I probably thought was one of the most testing period in my life.

What I'd like to highlight was not my personal feat, but some important lessons I've learned from my experience.

Lesson 1 : Be consistent with your studies.
I understand that it's not easy to be hardworking 24-7, what more as a university student. But being consistent just means devoting that extra 30 minutes-1 hour per day to keep on top of what you've learnt. So that when the examination season looms near, you'll actually reap the benefit by having to spend less time revising compared to others.

Lesson 2 : Stick to revision plans, always allow time for non-revision activities!
Even though I only had roughly 6 weeks before my big exam, I promised myself that I'll not touch my medical books during the period I've allocated for recuperating from the chemotherapy. I'd certainly look at those 'rest' periods as fulfilling my body's rights. But when it is time to revise, I made sure I didn't procrastinate by spending unnecessary times browsing the internet or doing other things that can distract me from studying. So there is absolutely nothing wrong with allocating some time off studying to enjoy yourself, be it playing sports, 'shopping therapy', etc. It is all about discipline!

Lesson 3 : Make sure you put as much effort into praying to Allah as u do with revising.

At the end of the day, we should always turn to Allah for guidance and assistance. Without the will of Allah, I would have never been able to pass my exams no matter how much effort I put in. I genuinely believed that even though I felt slightly unprepared coming to the exams due to my circumstances, Allah gave me the strength to remain calm throughout so that my mind would not be affected by stress and anxiety. Having said that, the concept of tawakkal to Allah should be preceded by making as much effort as possible (read:revision), thus I don't think last minute revision with a half-hearted commitment comes under this concept!


Me revising during my first chemotherapy session. As others were resting whilst having the drugs infused in their body, I couldn't afford to waste my revision times.


All the best to my fellow friends who are battling with their respective examinations, I hope all of you shall pass with flying colours. Do not take any shortcomings as an excuse to stop you from excelling in your studies.

Really, nothing can stop you, but yourself.

Source:
http://masafzal.blogspot.com/2010/01/nothing-can-stop-you-but-yourself.html

Footnotes: Reading his blog, listening to his moving stories from others, and watching his videos are more than enough for me to acknowledge this great man. Mas Afzal thought us on how to appreciate and optimize every single moment that we have, always look forward and never give up because "Allah certainly has unique ways to show His love..". May Allah grant him rewards and place him in jannah. Ameen.